[CORETAN] ARSENAL DALAM DNA SAYA – LIAM BRADY

Liam-Brady-lagenda-ArsenalSelepas 18 tahun memegang jawatan selaku Ketua Pembangunan Remaja Arsenal, Liam Brady akhirnya bakal meninggalkan Arsenal hujung musim ini. Bekas playmaker Arsenal itu telah menghabiskan karier lebih 30 tahun bersama The Gunners selaku pemain dan staf pengurusan. Meskipun ditawarkan tugas selaku duta Arsenal namun lagenda Arsenal berusia 58 tahun itu telah menolak tawaran tersebut.

Liam Brady menyertai akademi Arsenal pada musim panas 1971 ketika berusia 15 tahun sebelum menandatangani kontrak professional 13 Februari 1973. Sepanjang bersama The Gunners, Brady telah beraksi dalam 307 perlawanan dengan menjaringkan 59 gol serta membantu menjulang kejuaraan Piala FA pada 1979. Selain itu, pemain kelahiran Dublin, Ireland itu turut memiliki 72 caps bersama negaranya.

Liam-Brady-Arsenal-playmaker“Saya sangat bertuah kerana kelab mahu saya kekal di sini untuk memainkan peranan sebagai duta tetapi saya rasa ini merupakan masa terbaik untuk mencari seseorang untuk melakukan tugas ini,” kata Brady menerusi laman rasmi Arsenal.com.

“Itu merupakan satu tugas yang besar dan anda perlu sentiasa bergerak dan mempunyai keazaman. Saya tidak mahu mengambil mudah mengenai tugasan ini demi diri saya dan keluarga.”

“Saya sangat bertuah apabila kelab mahu saya terus kekal di sini dan membantu mereka sedaya mungkin. Saya juga sangat gembira (dengan tawaran itu), Arsenal sememangnya berada dalam DNA saya.”

Liam-Brady-ex-Arsenal-Head-Youth-DevelopmentSementara itu, Arsene Wenger turut menghaburkan setinggi-tinggi penghormatan ke atas Liam Brady sepanjang tugasnya selaku Ketua Pembangunan Remaja Arsenal. Pengurus The Gunners itu turut mengakui bahawa kejayaan yang dikecapinya sepanjang 18 tahun membimbing Arsenal adalah disokong oleh hasil kerja keras Brady dalam membina skuad muda yang mantap demi kelangsung kelab yang berdaya saing.

“Sebelum musim ini berakhir, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Liam Brady atas kerja keras dan sumbangan besarnya selaku Ketua Pembangunan Remaja Arsenal sebelum bersara hujung bulan ini,” ungkap Arsene Wenger.

“Saya rasa ini merupakan pencapaian hebatnya (Brady) atas sumbangan yang konsisten demi kejayaan kelab.”

“Saya mempunyai hubungan rapat dengan Liam (Brady) dan dia sering membantu saya dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk kelab. Dia telah berjaya membawa ramai pemain muda yang hebat dan dia merupakan kehilangan besar bagi kami. Dia akan kekal sebagai duta dan akan terus membantu kami untuk sekian lama.”

“Baru-baru ini kami kehilangan Pat Rice dan kini Liam Brady di mana mereka merupakan individu penting dalam kelab ini yang memiliki hati merah putih. Itu merupakan sumbangan tulus untuk kelab dan kualiti itu yang dirindui oleh ramai orang,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply