[BOLA SEPAK] SEJARAH PERMUSUHAN ARGENTINA-ENGLAND

England-vs-ArgentinaPertemuan Argentina-England sering kali mengundang kontroversi dan menghangatkan suasana pentas bola sepak dunia. Meskipun kebiasaan permusuhan bola sepak melibatkan dua negara yang berjiran, namun permusuhan antara Argentina dan England melibatkan pasukan dari dua benua berbeza. Pertemuan pertama kedua-dua pasukan berlangsung ketika perlawanan persahabatan pada 1951 yang menyaksikan England menang 2-1 ke atas Argentina.

Meskipun ramai yang menganggap jaringan ‘Tangan Tuhan’ oleh Diego Maradona pada Piala Dunia FIFA 1986 yang menyingkirkan The Three Lions di suku akhir namun sejarah permusuhan Argentina-England sebenarnya bermula pada kejohanan Piala Dunia FIFA 1966 yang di mana England menjadi tuan rumah. Dalam edisi ke-7 Piala Dunia FIFA itu, England dan Argentina telah bertemu di peringkat suku akhir.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley, perlawanan berlangsung dengan luar biasa dan kontroversi bermula pengadil Jerman, Rudolf Kreitlein yang melayangkan kad merah ke atas Antonio Rattin selepas tindakan kapten Argentina itu yang menunjukkan armbandnya. Rattin mahu memanggi penterjemah untuk memprotes keputusan pengadil perlawanan namun Rudolf Kreitlin bertindak melayangkan kad merah kepadanya.

Insiden kad merah ke atas kapten Argentina itu dan jaringan tunggal Geoff Hurst pada minit ke-78 telah merentap emosi penyokong Argentina. Tindakan jurulatih England, Alf Ramsey yang melarang pemain-pemainya bertukar jersi selepas tamat perlawanan menghangatkan lagi suasana di luar padang. Penyokong Argentina pula tidak mengiktiraf keputusan perlawanan tersebut dan mengelarnya sebagai ‘El Robo del Singlo’ (Pencurian Abad Ini).

Dua seteru ini kembali bertemu pada parlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 1986 yang berlangsung di Stadium Azteca, Mexico City. Jaringan kontroversi ‘Tangan Tuhan’ pada minit ke-51 dan disusuli satu gol gerakan solo pada minit ke-55 oleh penyerang lagenda Argentina, Diego Maradona telah meletakkan The Albicelestes mendahului 2-0. Jaringan ‘Tangan Tuhan’ itu telah menimbulkan kemarahan pemain-pemain dan penyokong Argentina sekaligus menyaksikan The Three Lions tersingkir.

12 tahun kemudian, Argentina dan England sekali lagi bertemu di pusingan kedua Piala Dunia FIFA 1998 yang berlangsung di Perancis. Layangan kad merah kontroversi susulan terjahan David Beckham ke atas Diego Simeone menyaksikan yenag menyaksikan pemain tengah Argentina berpura-pura cedera untuk memancing emosi pengadil perlawanan sekaligus menimbulkan kemarahan penyokong England. Dan The Three Lions tersingkir 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2.

Tahun 2002 menyaksikan kemarahan penyokong England terhadap Argentina kembali memuncak selepas tonggak utama, David Beckham mengalami patah tulang metatarsal kaki kiri akibat diterjah oleh pertahanan Argentina, Aldo Duscher dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah antara Manchester United dan Deportivo La Coruna. Insiden itu berlangsung kira-kira 2 bulan sebelum berlangsung Kejohanan Piala Dunia FIFA 2002 yang bakal merencat peluang Beckham untuk bersama England.

Dalam Piala Dunia FIFA 2002, England telah diundi bersama Argentina, Sweden dan Nigeria. Ketika pertemuan England-Argentina, David Beckham yang sempat pulih dari kecederaan telah menjaringkan penalti pada minit ke-44. Mendahului 1-0, England telah mengamalkan corak permainan ultra-defensive dengan meletakan 10 pemain di belakang bola. Taktikal ini menyaksikan England menang manakala Argentina pula terpaksa pulang awal sekaligus kembali menyemarakan kemarahan penyokong The Albicelestes.

Selain itu, sentimen kebencian rakyat Argentina terhadap England turut didorong oleh  isu Kepulauan Falkland yang menjadi rebutan antara dua negara itu. Kepulauan Falkland atau dikenali sebagai Kepulauan Maldinas (dalam Bahasa Sepanyol) terletak di perairan Atlantik, kira-kira 480 km dari pesisir pantai Argentina yang ditemui buat pertama kali oleh seorang pelayar Inggeris, Kapten John Davis pada tahun 1592.

Kepulauan tersebut menjadi rebutan antara Argentina dan Inggeris sejak Argentina masih di bawah pemerintahan kolonial Sepanyol lagi pada tahun 1970 sehingga kini. Selepas kemerdekaan, Argentina mula menuntut hak kepulauan yang memiliki sumber petroleum itu. Namun, pihak Inggeris kembali merebut merebut kepulauan Falkland dalam sejarah yang panjang sehingga tercetusnya Perang Falkland yang berlaku pada 19 Mac hingga 19 Jun 1982.

Pihak Inggeris akhirnya berjaya merampas kepulauan Falkland itu tatkala Argentina sedang dihimpit dengan masalah krisis kewangan yang meruncing pada 1982. Namun, pada tahun 1990, hubungan diplomatik Argentina-Inggeris kembali terjalin. Pada Mac 2013, hasil pungutan suara menyaksikan lebih 99% pendduduk Falkland memilih untuk menjadi sebahagian daripada wilayah Great Britain namun Argentina terus tidak mahu mengiktiraf keputusan tersebut.

This entry was posted in Bola Sepak and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply