[BOLA SEPAK] HELENA COSTA PENGURUS WANITA PERTAMA DI PERANCIS

Helena-Costa-Clermont-Foot-coachHelen Costa atau nama penuhnya Helena Margarida dos Santos e Costa mencuri tumpuan bola sepak dunia apabila dilantik sebagai pengurus kelab Ligue 2, Clermont Foot hujung musim ini sekaligus menjadi pengurus wanita pertama yang diberi peluang mengendalikan kelab professional dalam Liga Perancis. Pengendali kelahiran Alhandra, Portugal itu memiliki lesen UEFA kelas A dalam kejurulatihan selain Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Sukan.

Pengurus berusia 36 tahun itu memulakan karier awal dalam bidang kejurulatihan dengan membimbing skuad remaja Portugal dari 1997 hingga 2010. Dalam masa yang sama, beliau turut menguruskan Cheleirense (2006) dan S.U.1° de Dezembro (2007-2008). Helena kemudiannya membimbing skuad wanita Qatar (2010-2012) dan Iran (2012-2014) selain pernah menjadi pencari bakat bagi kelab Scotland, Celtic dari 2008 hingga 2011.

“Dia (Helena) akan membantu kelab menuju ke era baru,’ kata sumber kelab Clermont Foot.

Sementara itu, Menteri Wanita Perancis, Najat Belkacem turt mengalu-alukan perlantikan Helena Costa menerusi komen dalam akaun twitternya, “Tahniah kepada Clerment Foot kerana memahami serta memberi ruang kepada wanita untuk masa depan bola sepak professional.”

Helena Costa yang digelar ‘Mourinho versi Wanita’ menjadi pengurus wanita pertama selepas Caroline Morace yang membimbing kelab Divisyen 3 Itali, Viterbese pada 1999 namun Morace meletak jawatan selepas dua perlawanan. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yakin bahawa Helena Costa mampu memacu Clermeont Foot dalam saingan bola sepak Liga Perancis meskipun masih kurang dari segi pengalaman untuk mengendali pasukan bola sepak lelaki.

“Jika mereka (wanita) layak, mereka boleh berkerja di mana-mana sahaja. Saya menyukainya,” kata Wenger baru-baru ini.

“Jika perkara terjadi kepada kita di rumah di mana kita diuruskan oleh seorang wanita, jadi mengapa tidak. Salah satu perkara yang menjadi hujah dalam hidup saya ialah mempertahankan kelayakannya.”

“Ketika melihat kepada pengalamannya, hanya satu perkara yang boleh saya katakan ialah dia sangat kurang dari segi pengalaman tetapi saya rasa dia memiliki kauliti yang hebat,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Bola Sepak and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply