[BADMINTON] MENGIMBAU NOSTALGIA PIALA THOMAS 1992

Tempoh penantian 25 tahun terlalu lama dirasakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Masih terasa kehangatan pertarungan di Stadium Negara. Masih terdengar riuh rendah gegak gempita sorakan penyokong-penyokng di seluruh pelosok tanahair. Impian segenap lapisan rakyat jelata untuk melihat Piala Thomas kembali ke bumi Malaysia pada tahun 1992 menjadi kenyataan sejak kali terakhir piala berprestij badminton itu singgah di Malaysia pada 1967.

Mengimbau kembali kejayaan pasukan badminton negara merangkul kejuaraan Piala Thomas pada tanggal 16 Mei 1992 pastinya kenangan yang tidak dapat dilupakan dalam ingatan rakyat Malaysia.

Lagu ‘Fikirankan Boleh’ berkumandang di corong-corong radio dan kaca televisyen sebagai pembakar semangat buat pemain negara. Laungan dan sorakan ‘Malaysia Boleh’ senantiasa bergema di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Waktu bagaikan terhenti seketika. Kejayaan disambut dengan linangan airmata dan sorak penuh semangat. Berita kejayaan skuad badminton negara itu menjadi bualan di segenap pelosok kota dan desa, di pasar dan warung kopi, tangga masjid hingga padang permainan. Nama Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Kwan Yoke Meng, Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang dan Razif Sidek-Jalani Sidek ketika itu menjadi idola setiap rakyat jelata.

Pentas akhir Piala Thomas 1992 menampilkan perseteruan dua musuh tradisi,  Malaysia dan Indonesia yang membariskan skuad terbaik masing-masing. Perseorangan utama negara, Rashid Sidek turun menentang jagoan handalan Indonesia, Ardy Bernardus Wiranata dengan kemenangan 15–11, 10–15, 15–8. Namun, pasangan beregu pertama negara Jailani Sidek-Razif Sidek tewas mengejut 9-15, 15-9, 3-15 kepada pasangan Indonesia Eddy Hartono-Rudy Gunawan.

Perseorangan kedua negara, Foo Kok Keong kembali meletakkan Malaysia mendahului 2-1 selepas mencatatkan kemenangan selesa 15 -6, 15- 12 ke atas Allan Budi Kusuma. Gandingan beregu kedua negara, Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang menghadiahkan mata kemenangan negara selepas menewaskan Rexy Manaiky-Ricky Subagja dengan 15-12, 10-15, 15-8. Kekalahan  Kwan Yoke Meng ke atas Joko Suprianto langsung tidak mencacatkan kemeriahan malam tersebut.

 KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 1992

PERSEORANGAN PERTAMA

Rashid Sidek vs Ardy Bernardus Wiranata – 15–11, 10–15, 15–8.

BEREGU PERTAMA

Jailani Sidek-Razif Sidek vs Eddy Hartono-Rudy Gunawan – 9-15, 15-9, 3-15

PERSEORANGAN KEDUA

Foo Kok Keong vs Allan Budi Kusuma – 15 -6, 15- 1

BEREGU KEDUA

Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang vs Rexy Manaiky-Ricky Subagja – 15-12, 10-15, 15-8

PERSEORANGAN KETIGA

Kwan Yoke Meng vs Joko Suprianto – 3-15, 7-15

Incoming search terms:

  • piala thomas 1992
  • final thomas cup 1992
  • badminton tahun 1992
  • juara piala thomas 1992
  • senarai pemain piala thomas malaysia 1982
  • senarai semua nama pemain thomas cup 1992 malaysia
  • skuat piala thoma
This entry was posted in Badminton and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply