[BADMINTON] MALAYSIA MARA KE PENTAS AKHIR PIALA THOMAS 2014

Hasrat Malaysia untuk menamatkan penantian 22 tahun bagi menjulang kejuaraan Piala Thomas sejak kali terakhir memenangi pada tahun 1992 kian cerah apabila berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Thomas 2014. Skuad negara berjaya menundukkan musuh tradisi, Indonesia dalam perlawanan separuh akhir yang penuh dramatik dan mendebarkan di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi semalam.

Meskipun dibarisi skuad muda dan kurang berpengalaman namun pemain-pemain negara telah membuktikan semangat juang yang tinggi ketika menewaskan Korea Selatan, Denmark dan Indonesia dalam misi untuk mara ke perlawanan sejak kali terakhir di Guangzhou pada 2002 namun tewas 2-3 kepada Indonesia di perlawanan akhir. Malah, kejayaan Jepun menundukkan China 3-0 pada separuh akhir pertama turut menjadi motivasi tambahan buat pasukan negara.

Skuad negara bermula baik apabila perseorang pertama negara yang merupakan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya mencatatkan kemenangan selesa 21-19, 21-13 ke atas Tommy Sugiartro untuk mata pertama negara. Namun, beregu utama negera, Tan Boon Heong-Hoon Thien How terpaksa berkerja keras untuk menjinakan pasangan beregu nombor satu dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dalam perlawanan tiga set yang mendebarkan.

Tan-Boon-Heong-Hoon-Thien-How-Piala-Thomas-2014Tan Boon Heong-Hoon Thien How terpaksa berhempas pulas untuk memenangi set pertama 21-19 namun terpaksa akur dengan kehebatan pasangan Indonesia pada set kedua apabila tewas mudah 8-21. Namun, set ketiga tampak lebih seimbang namun berlangsung sengit dengan aksi kejar mengejar mata sebelum beregu mencatatkan kemenangan 23-21 untuk mata kedua skuad negara.

Daripada sekadar pemain simpanan pada penampilan sulung Piala Thomas di Wuhan pada edisi 2012, pemain berusia 26 tahun itu muncul wira apabila berjaya menghadiahkan mata kemenangan Malaysia selepas menumpaskan Dionysius Hayom Rumbaka 21-10, 21-17. Sementara itu, Datuk Lee Chong Wei berharap agar rakan-rakan sepasukannya terus fokus dalam perlawanan akhir menentang Jepun esok sekaligus menamatkan penantian 22 rakyat Malaysia untuk merangkul Piala Thomas.

“Selepas tiba di sini, ramai yang memandang rendah kemampuan Malaysia, apatah lagi kami dikatakan hadir sebagai pasukan paling lemah, namun hari ini kami membuktikan mereka silap dengan berjaya melangkah ke final” kata tonggak utama skuad negara itu.

“Saya tidak pernah anggap peluang Malaysia untuk merampas kejuaraan adalah cerah selepas Jepun menewaskan China dalam separuh akhir pada sebelah petang, pada saya berdepan Jepun juga bukan mudah dan mereka adalah lawan yang kental.’

“Yang paling penting buat semua pasukan adalah fokus kepada permainan sendiri. Kami sudah menyahut cabaran persatuan yang mahu pasukan melangkah ke final, sekarang terpulang kepada kami untuk mencari keputusan lebih baik,” kata Lee Chong Wei.

Japan-beat-China-in-semi-final-Thomas-Cup-2014Menjelang perlawanan akhir menentang Jepun esok, peluang Malaysia dilihat lebih cerah dengan memegang kelebihan 3-1 ke atas negara Matahari Terbit itu. Namun Jepun telah menunjukkan peningkatan sangat ketara sejak di bawah bimbingan Park Joo Bong termasuk mengejutkan pasukan negara pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Kuala Lumpur pada tahun 2010.

KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2014

PERSEORANGAN PERTAMA

Lee Chong Wei vs Tommy Sugiarto – 21-19, 21-13

BEREGU PERTAMA

Tan Boon Heong-Hoon Thien How vs Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan – 21-19, 8-21, 23-21

PERSEORANGAN KEDUA

Chong Wei Feng vs Dionysius Hayom Rumbaka – 21-10, 21-17

This entry was posted in Badminton and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply