[BADMINTON] MALAYSIA KEMPUNAN JULANG PIALA THOMAS 2014

Malaysia-finalis-Thomas-Cup-2014Impian Malaysia untuk membawa pulang Piala Thomas sekali lagi tidak kesampaian apabila tewas 3-2 kepada Jepun di perlawanan akhir semalam. Kekalahan ini menyaksikan penantian 22 tahun Malaysia berpanjangan sejak kali terakhir menjulang piala keagungan badminton itu di Stadium Negara pada tahun 1992. Namun, skuad negara telah mempamerkan semangat juang yang tinggi sebelum tunduk kepada Jepun di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi semalam.

Skuad negara bermula cemerlang apabila Datuk Lee Chong Wei menghadirkan mata pertama untuk Malaysia selepas menewaskan pemain no.4 dunia, Kenichi Tago. Set pertama jelas menyaksikan penguasaan pemain no.1 dunia itu dengan mencatatkan kemenangan 21-12 namun Kenichi Tago cuba bangkit untuk memberi tentangan pada set kedua. Kelebihan pengalaman menjadi kelebihan buat Chong Wei untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-16 dalam masa 45 minit.

Tan-Boon-Heong-Hoon-Thien-How-Piala-Thomas-2014Momentum itu gagal diteruskan oleh gandingan beregu, Tan Boon Heong-Hoon Thien How apabila berhadapan dengan pasangan no.3 dunia, Kenichi Hayakawa-Hiroyuki Endo. Meskipun menang 21-12 pada set pertama namun Boon Heong-Thien How tewas 17-21 pada set kedua. Set ketiga menyaksikan perlawanan sengit dengan kedua-dua gandingan saling mengejar mata. Namun, gandingan terpaksa akur dengan kekalahan 19-21 kepada pasangan Hayakawa-Hiroyuki Endo.

Pemain no.3 dunia yang juga merupakan juara remaja dunia 2012, Kento Momota mudah mengenepikan cabaran perseorangan kedua negara, Chong Wei Feng dengan kemenangan mudah 15-21 pada set pertama. Meskipun Wei Feng cuba bangkit pada set kedua namun pemain muda Jepun berusia 19 tahun berjaya mencatatkan kemenangan 17-21 pada set kedua dalam tempoh dalam tempoh 39 minit bagi menghadirkan mata kedua buat negara ‘Matahari Terbit’ itu.

Kem negara cemas seketika apabila gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong tewas 19-21 pada set pertama kepada gandingan Keigo Sonoda-Takeshi Kamura. Namun, V Shem-Wee Kiong bangkit untuk mencatatkan kemenangan 21-17 pada set kedua. Pasangan negara itu akhir berjaya menewaskan Keigo Sonoda-Takeshi, 21-12 pada set ketiga sekaligus memberi mata kedua buat skuad negara mengikat kedudukan dalam perlawanan yang berlangsung lebih satu jam itu.

v-shem-and-wee-kiong-thomas-cup-2014Selepas kedudukan terikat 2-2, Malaysia sudah di ambang kekalahan apabila Liew Daren tumpas 12-21 pada set pertama. Namun, pemain berusia 26 tahun itu menunjukkan semangat melawan yang hebat dengan mengheret lawannya, Takume Ueda bertarung dalam set penentuan setelah memenangi set kedua 21-18.Meskipun berhempas pulas pada set ketiga, namun Liew Darren terpaksa akur kepada Takume Ueda 17-21 pada set ketiga dalam pertarungan sengit selama 78 minit itu.

Liew Darren nyata tidak dapat menyembunyikan rasa bersalahnya dengan berkata, “Maafkan saya, Malaysia. Saya sangat kecewa dengan kekalahan ini, namun saya sudah cuba memberikan yang terbaik tetapi ia tidak memadai.”

“”Saya tidak boleh buat apa jika orang mahu menyalahkan saya, tetapi yang penting dalam perlawanan terakhir ini saya berusaha memberikan yang terbaik. Sayang sekali saya gagal memberikan mata kemenangan yang diperlukan oleh pasukan.”

Biarpun kegagalan merupakan satu nota yang ditangisi oleh jutaan rakyat Malaysia namun pencapaian mara ke perlawanan akhir sudah boleh dibanggakan lantaran di barisan skuad yang kurang pengalaman. Semangat juang dan tidak mengenal erti putus asa yang dipamerkan oleh pemain-pemain negara wajar dipuji meskipun tidak diletakkan harapan tinggi ketika menjejakan kaki di New Delhi sebelum bermulanya kejohanan Piala Thomas tempoh hari.

Lost in final but won our heart – Malaysian people

KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2014

PERSEORANGAN PERTAMA

Lee Chong Wei vs Kenichi Tago – 21-12, 21-16

BEREGU PERTAMA

T. Boon Heong-H. Thien How vs Kenichi Hayakawa-Hiroyuki Endo – 21-12, 17-21, 19-21

PERSEORANGAN KEDUA

Chong Wei Feng vs Kento Momota –15-21, 17-21

BEREGU KEDUA

Goh V Shem-Tan Wee Kiong vs Keigo Sonoda-Takeshi Kamura – 19-21, 21-17, 21-12

PERSEORANGAN KETIGA

Liew Darren vs Takuma Ueda – 12-21, 21-18, 17-21

This entry was posted in Badminton and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply