[BADMINTON] LEE CHONG WEI PEMAIN TERBAIK DUNIA BWF 2013

Lee-Chong-Wei-jumping-smashJagoan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mendapat suntikan semangat dan motivasi tambahan menjelang perlawanan akhir Piala Thomas hari ini apabila dinobatkan selaku Pemain Lelaki Terbaik Dunia BWF 2013. Malaysia dijadualkan bertemu dengan Jepun yang mengejutkan juara bertahan, China di separuh akhir kelmarin. Lee Chong Wei merupakan tonggak penting yang membawa Malaysia mara ke final Piala Thomas buat kali pertama sejak 2002.

Ini merupakan anugerah ke-4 yang diraih oleh pemain no.1 dunia sejak memenangi pada tahun 2009, 2010, dan 2011. Kejayaan Chong Wei menggondol 7 gelaran Siri Super Dunia tahun lalu serta muncul naib juara Kejohanan Dunia 2013 berjaya mengenepikan cabaran dua jaguh China, Lin Dan dan Chen Long serta pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia selain beregu Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Lee Yong Dae.

Sementara itu, pemain no.1 dunia wanita yang juga juara Olimpik 2012, Li Xuerui dipilih selaku Pemain Wanita Terbaik Dunia BWF 2013. Pemain China berusia 23 tahun itu telah mengenepikan cabaran dari juara dunia, Ratchanok Intanon, selain rakan sepasukan, Wang Yihan dan beregu Wang Xiaoli-Yu Yang. Li Xuerui turut cemerlang membantu China menjulang kejuaraan Piala Uber 2014 semalam.

Pemain muda Jepun, Akane Yamaguchi telah dipilih sebagai penerima anugerah Eddy Choong iaitu Pemain Harapan BWF 2013. Yamaguchi, juara remaja dunia 2013 akan meraikan ulang tahun ke-17 pada 6 Jun ini. Selain itu, Aya Ohori (Jepun) dan Busanan Ongbumrungpan (Thailand) turut menerima anugerah Pemain Harapan BWF 2013.

Sumber : Utusan Malaysia

Incoming search terms:

  • lee chong wei jumping smash
  • pemain badminton
This entry was posted in Badminton and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply