[ARTIKEL] 5 PERSETERUAN PALING HANGAT DALAM BOLA SEPAK

football-stadium-matchdayBola sepak merupakan sukan yang paling diminati seluruh dunia dan salah satu elemen untuk memupuk nilai persahabatan dan setiakawan atas semangat kesukanan. Namun, terdapat beberapa perlawanan yang melibatkan musuh tradisi seringkali berlangsung hangat selain turut dihimpit dengan pelbagai kontroversi. Berikut merupakan 5 perseteruan bola sepak paling hangat dalam pentas bola sepak antarabangsa.

ARGENTINA VS ENGLAND

Kebiasaannya perseteruan utama melibat dua negara berjiran namun tidak bagi Argentina dan England yang berada di dua benua berbeza. Pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan berlangsung pada 9 Mei 1951 di Stadium Wembley, London. Namun, permusuhan Argentina-England bermula ketika perlawanan suku akhir Piala Dunia 1966 yang berlangsung penuh kontroversi ekoran layangan kad merah ke atas kapten The Albicelestes, Antonio Rattin.

England berjaya menwaskan Argentina dalam dalam perlawanan tersebut menerusi jaringan tunggal Geoff Hurst pada minit ke-78 telah merentap emosi penyokong The Albicelestes. Tindakan jurulatih England, Alf Ramsey yang melarang pemain-pemainya bertukar jersi selepas tamat perlawanan menghangatkan lagi suasana di luar padang manakala penyokong Argentina pula mengelar perlawanan tersebut sebagai ‘El Robo del Singlo’ (Pencurian Abad Ini).

Perseteruan Argentina-England kembali memuncak ketika perlawanan suku akhir Piala Dunia 1986 di Mexico City apabila Diego Maradona meledak “Gol Tangan Tuhan” sekaligus membawa The Albiecelestes mara ke final dan muncul juara. Selain itu, kontroversi layangan kad merah ke atas David Beckham pada Piala Dunia 1998 dan taktikal ultra-defensive England pada Piala Dunia 2002 turut menghangatkan pertemuan kedua-dua pasukan.

JERMAN VS BELANDA

Johan-Cryuff-Nederland-vs-GermanyPerseteruan Jerman dan Belanda dalam pentas bola sepak antarabangsa yang tidak pernah lekang ditelan zaman telah didorong oleh keputusan daripada Perang Dunia ke-2. Jerman yang di bawah rejim Nazi pimpinan Adolf Hitler telah melakukan pelbagai siri kekejaman di Eropah semasa Perang Dunia ke-2 termasuk  penindasan ke atas rakyat Belanda telah menimbulkan sentimen anti-Jerman di kalangan penyokong Der Oranje.

Perasaan dendam dan amarah Belanda kian memuncak susulan kejayaan Jerman  menewaskan negara mereka di perlawanan akhir Piala Dunia 1974. Namun pada kejohanan Eropah 1988, Belanda akhirnya berjaya membalas dendam dengan mencatatkan kemenangan 2-1 di Volksparkstadion, Hamburg. Tidak cukup dengan itu, tindakan ’tissue toilet’ Ronald Koeman yang mengelap belakang badannya dengan jersi milik Olaf Thon telah menimbulkan kemarahan penyokong Die Mannschaft.

BRAZIL VS ARGENTINA

Pertemuan antara Argentina-Brazil sememangnya memiliki sejarah yang panjang dalam usaha untuk menjadi pasukan terbaik di benua Amerika Selatan yang digelar sebagai ‘Battle of the South Americans’. Dua negara berjiran ini memiliki tradisi dan budaya bola sepak antara yang terbaik di dunia dengan melahirkan ramai bintang-bintang tersohor. Pertemuan pertama antara Argentina-Brazil berlangsung pada 20 September 1914 di Buenos Aires.

Layangan kad merah ke atas Diego Maradona pada Piala Dunia 1982 dan insiden ‘Holy Water’ diberikan oleh yang staf kejurulatihan Argentina yang mengandungi ubat penenang pada Piala Dunia 1990 mewarnai kontroversi pertemuan Argentina-Brazil. Sehingga kini sudah berlangsung 98 perlawanan antara kedua-dua pasukan di mana Argentina unggul dengan 35 perlawanan dan Brazil pula memenangi 39 perlawanan manakala 24 perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

ENGLAND VS JERMAN

Geoff-Hurst-goal-vs-West-Germany-1966Satu lagi perseteruan antara dua negara kuasa besar bola sepak yang didorong oleh sentimen Perang Dunia Ke-2. Pertemuan pertaman antara Jerman dan England berlangsung pada 10 Mei 1930 di Stadium Deutsches, Berlin ketika aksi persahabatan antarabangsa. Namun, permusuhan kedua-dua pasukan ini bermula selepas kemenangan kontroversi The Three Lions ke atas Jerman 4-2 dalam perlawanan akhir Piala Dunia 1966 yang berlangsung penh dramatik.

Pertemuan antara England dan Jerman sering kali berlangsung hangat serta dipalit dengan kontroversi. Terbaru, kontroversi jaringan Frank Lampard yang dinafikan oleh pengadil, Jorge Larrionda ketika perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2010 menyaksikan Jerman menang 4-1. Berdasarkan 29 rekod pertemuan, 12 perlawanan dimenangi oleh England dan 14 menjadi milik Jerman manakala 3 berakhir dengan keputusan seri.

PERANCIS VS ITALI

Dua negara berjiran, Perancis dan Itali ini turut memiliki sejarah panjang dalam perseteruan yang hangat. Antara kontroversi yang meilbatkan kedua-dua pasukan ini berlangsng pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 1998 menyaksikan tuan rumah Perancis berjaya memenangi perlawanan 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti. The Azzurri sekali lagi hampa dalam perlawanan akhir kejohanan Eropah 2000 menerusi jaringan emas David Trezeguet.

Provokasi pertahanan Itali, Marco Materazzi ke atas Zinedine Zidane ketika perlawanan akhir Piala Dunia 2006 menyaksikan lagenda Perancis itu bertindak menanduk dada Materazzi sekaligus dibuang padang antara insiden panas yang mewarnai pertemuan kedua-dua pasukan. Berdasarkan 37 rekod perlawanan, 18 telah dimenangi oleh Itali serta Perancis memenangi 10 kali manakala 9 perlawanan lagi berakhir dengan keputusan seri.

Incoming search terms:

  • Perseteruan pasukan bolasepak
This entry was posted in Artikel and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply