[ARTIKEL] 5 PEMILIK KELAB TERKAYA DI LIGA PERDANA INGGERIS

epl-liga-perdana-inggerisLiga Perdana Inggeris merupakan liga bola sepak paling popular dan diminati di seluruh dunia. Penjenamaan, nilai komersial dan pengiklanan telah menjadi Liga Perdana Inggeris sebagai sumber penjanaan kekayaan dan bukan lagi minat semata-mata. Lantaran itu, Liga Perdana Inggeris sudah menjadi permainan jutawan di seluruh dunia. Berikut merupakan 5 pemilik kelab Liga Perdana Inggeris terkaya di dunia berdasarkan senarai Forbes 2014.

1-ALISHER USMANOV – ARSENAL ($19.5 billion)

Alisher-Usmanov-Russian-tycoonJutawan Russia itu merupakan pemegeang saham kedua terbesar Arsenal dengan memiliki 29.96% saham. Usmanov menduduki tempat ke-41 dalam senarai Forbes dengan memiliki kekayaan sebanyak $19.5 billion. Jutawan berusia 60 tahun itu merupakan seorang pengusaha dalam bidang besi keluli, telekomunikasi dan pencetakan selain turut memiliki saham dalam Apple Inc serta Facebook dan Alibaba.com.

2-LAKSHMI MITTAL – QPR ($16.3 billion)

Sebagai salah seorang individu terkaya di Britain sejak sedekad yang lalu, Lakshmi Mittal merupakan pemilik kepada syarikat pembuatan besi keluli terbesar di dunia. Pada Disember 2007, jutawan India itu bersama Bernie Ecclestone dan Flavio Bristore untuk membeli saham Queens Park Rangers (QPR). Namun, Mittal hanya memilik 33% saham di belakang jutawan Malaysia, Tony Fernandes yang mempunyai 66% pegangan saham QPR

3-ROMAN ABRAMOVICH – CHELSEA ($9.5 billion)

Roman Abramovic merupakan seorang pelabur, pengusahan industri besi keluli, penerbangan dan perusahaan minyak. Jutawan Russia ini berada di kedudukan ke-136 dalam senarai Forbes pada tahun 2014. Abramovich membeli 90% saham Chelsea dari Ken Bates pada tahun 2003 menerusi perusahaan Fordstam Limited dan telah membelanjakan lebih £700 juta untuk menjadikan The Blues sebagai kelab yang digeruni hari ini.

4-MIKE ASHLEY – NEWCASTLE UNITED ($6.6 billion)

Jutawan Inggeris ini merupakan pemilik kepada gudang jualan barangan sukan, Sports Direct mengejut peminat bola sepak apabila membeli 41% saham dengan nilai £135 juta. Mike Ashley menduduki kedudukan ke-226 dalam senarai Forbes 2014. Ahli perniagaan Inggeris berusia 49 tahun itu telah berjaya memperolehi 14.6% ($465 juta) daripada hasil jualan runcit barangan sukannya.

5-STAN KROENKE – ARSENAL ($5.7 billion)

stan-kroenke-dan-hill-woodStan Kroenke merupakan seorang jutawan hartanah daripada Amerika Syarikat dengan menduduki tempat ke-266 senarai Forbes 2014. Jutawan berusia 66 tahun itu menjadi pemegang saham majoriti Arsenal pada April 2007 dengan memiliki 66.83% saham. Selain Arsenal, Kroenke turut memiliki beberapa kelab sukan Denver Nuggets (NBA), Colorado Avalanche (NHL), Colorado Rapids (MLS), St. Louis Rams (NFL), dan Colorado Mammoths (NLL).

Sementara itu, nama pemilik Manchester City, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan yang merupakan jutawan konglemerat minyak dari Emeriah Arab Bersatu (UAE) tidak tersenarai lantaran kekayaanya adalah perkongsian keluarganya. Sementara itu, pemilik Manchester United, Malcom Glazer berada di tempat keenam manakala jutawan Pakistan-Amerika, Shahid Khan yang memiliki Fulham di tempat ketujuh.

Incoming search terms:

  • kelab bola sepak terkaya di malaysia
  • kelab terkaya di malaysia
  • kelab bola sepak terkaya di dunia
This entry was posted in Artikel and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply