[ARTIKEL] 12 STADIUM GELANGGANG RASMI PIALA DUNIA 2014

Piala-Dunia-FIFA-2014-BrazilTuan rumah Piala Dunia FIFA 2014, Brazil kini sudah bersedia untuk menerima kehadiran pemain-pemain dan penyokong bola sepak dari seluruh dunia. Stadium merupakan salah satu elemen penting dalam penganjuran kejohanan bola sepak yang paling berprestij di dunia itu. Sebelum sebelum aksi pembukaan antara Brazil dan Croatia, Arsenal4u.com menyenaraikan senarai 12 stadium yang akan menjadi gelanggang rasmi Piala Dunia FIFA 2014.

1-ESTADIO DO MARACANA – RIO DE JENARIO

estadio-do-maracana-stadium-rio-de-janeiroStadium Maracanã atau nama rasminya Stadium Mário Filho merupakan gelanggang rasmi bagi Flamengo and Fluminense. Stadium berkapasiti 78,838 tempat duduk ini telah siap dibuka secara rasmi pada 16 Jun 1950 bagi penganjuran Piala Dunia FIFA 1950. Stadium pernah beberapa kali dinaik taraf pada tahun 1992, 2000, 2006 dan 2014 ini bakal menjadi gelanggang utama penganjuran Piala Dunia FIFA 2014, Piala Konfederasi 2013 dan temasya Sukan Olimpik Rio de Janerio 2016 kelak.

2-ARENA DE SAO PAULO – SAO PAOLO

Gelanggang rasmi bagi kelab bola sepak Brazil, Corinthians ini telah dibuka secara rasminya pada 18 Mei 2014 bagi perlawanan antara Corinthians dan Figueirense. Kos pembinaan stadium ini dianggarkan bernilai R$335 juta mampu memuatkan 68,000 tempat duduk. Namun, 20,000 tempat duduk akan dikurangkan selepas berakhirnya kejohanan ini. Stadium ini bakal menjadi gelanggang bagi perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 antara Brazil dan Croatia pada 13 Jun nanti.

3-ESTADIO MINEIRAO – BELO HORIZONTE

Stadium Mineirão atau nama rasminya Stadium Governador Magalhães Pinto merupakan gelanggang rasmi bagi kelab bola sepak Cruzeiro EC. Stadium berkapasiti 64,000 tempat duduk ini telah dibuka secara rasminya pada 5 September 1965. Stadium yang disifatkan tercantik sepanjang Kejohanan Piala Konfederasi 2013 ini bakal menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia FIFA 2014 dan gelanggang acara bola sepak Sukan Olimpik 2016.

4-ESTADIO NACIONAL MANE GARRINCHA – BRASILIA

Stadium serba guna yang berkapasiti 72,788 tempat duduk ini dibuka secara rasminya pada 10 Mac 1974 sebelum siap diubah suai pada 15 Jun 2013. Gelanggang rasmi bagi kelab bola sepak Brasilia FC ini telah dinamakan sempena nama pemain lagenda Brazil, Garrincha. Stadium ini menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Piala Konfederasi 2013 dan Piala Dunia FIFA 2014 serta bakal menjadi gelanggang acara bola sepak Sukan Olimpik 2016.

5-ARENA DAS DUNAS – NATAL

Stadium bola sepak ini dibina khas sempena Kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 dengan kos pembinaan dianggarkan bernilai R$400 juta di atas tapak asal Stadium Machadão yang dirobohkan pada Oktober 2011. Stadium yang diiktiraf sebagai ‘Stadium Paling Sempurna’ di Amerika Selatan ini telah menerima sentuhan daripada arkitek terkenal, Christopher Lee memiliki kapasiti 45,000 orang penonton. Stadium ini mengendali perlawanan pertamanya pada 26 Januari 2014 antara América and ABC.

6-ARENA PERNAMBUCO – RECIFE

Stadium serba guna ini dibina khas sempena Kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 di São Lourenço da Mata yang terletak di kawasan metropolis Recife. Gelanggang rasmi bagi  Clube Náutico Capibaribe ini telah dibuka secara rasmi pada 22 Mei 2013 bagi perlawanan antara tuan rumah Nautico menentang kelab Portugal, Sporting Lisbon. Stadium yang menelan kos pembinaan sebanyak R$500 juta ini memiliki 46,154 tempat duduk.

7-ARENA CASTELAO – FORTELEZA

Stadium Plácido Aderaldo Castelo atau lebih dikenali sebagai Arena Castelão telah dibuka secara rasmi pada 11 November 1973 dengan mengendalikan perlawanan antara Ceará dan Fortaleza. Stadium yang digelar Gigante da Boa Vistaini telah menjalani beberapa siri kerja-kerja menaik taraf dari tahun 2000 hingga 2012 bagi meminimumkan impak haba dari pemain dan penonton. Stadium berkapasiti 67,037 tempat duduk ini merupakan gelanggang rasmi Forteleza dan Ceará.

8-ARENA FONTE NOVA – SALVADOR

Stadium bola sepak ini dibina khas sempena Kejohanan Piala Konfederasi 2013 dan Piala Dunia FIFA 2014 dengan kos pembinaan sebanyak R$592 di atas tapak asal stadium yang dirobohkan pada 2010. Stadium yang bakal menjadi gelanggang rasmi bola sepak kelab EC Bahia memiliki kapasiti sebanyak 53,700 tempat duduk. Stadium ini telah dibuka secara rasmi pada 5 April 2013 bakal menjadi salah satu gelanggang acara bola sepak Sukan Olimpik 2016 kelak.

9-ESTADIO BEIRA-RIO – PORTO ALEGRE

Gelanggang rasmi kelab bola sepak SC Internacional ini telah dibuka secara rasmi pada 6 April 1969. Stadium bola sepak yang digelar ‘O Gigante’ terletak di pinggir sungai Guaíba, Porto Alegre ini memiliki kapasiti sebanyak 51,300 tempat duduk. Stadium kedua terbesar di selatan Brazil ini dinaik taraf sempena Kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 dan telah siap sepenuhnya pada awal 2014.

10-ARENA DA BIAXADA – CURITIBA

Stadium ini telah dibina di atas tapak asal Stadium Joaquim Américo Guimarães. Daripada salah sebuah stadium tertua di Brazil, Arena da Biaxada telah bertukar wajah menjadi stadium yang moden di Amerika Selatan. Stadium yang berkapasiti 41,456 tempat duduk ini terletak di Água Verde, kawasan kejiranan Curitiba. Stadium ini telah dibuka secara rasmi pada 24 Jun 1999 merupakan gelanggang rasmi bagi kelab Atlético Paranaense

11-ARENA DA AMAZONIA – MANAUS

Stadium ini telah dibina khas sempena Piala Dunia FIFA 2014 di atas tapak asal Stadium Vivaldao. Stadium yang direka bentuk oleh firma arkitek Jerman ini telah mengambil inspirasi daripada bakul tradisional masyarakat pribumi Brazil. Arena da Amazonia ini berkapasiti 42,374 tempat duduk bakal menjadi gelanggang rasmi bagi kelab bola sepak Nacional FC. Stadium yang dibuka secara rasmi pada 9 Mac 2014 ini merupakan stadium terpanas di Piala Dunia 2014 dengan suhu purata 27.5ºC.

12-ARENA PANTANAL – CIUABA

Stadium serba guna ini dibina khas sempena Kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 dengan kos pembinaan dianggarkan sebanyak R$420 juta. Arena Pantanal bakal menjadi gelanggang rasmi Mixto EC dan Cuiabá EC dengan memiliki kapasiti 39,859 tempat duduk ini. Stadium ini telah dibuka secara rasmi pada 26 April 2014 apabila mengendali perlawanan antara Mixto menentang Santos dalam saingan Copa do Brasil.

This entry was posted in Artikel and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply