[ANALISIS] MAMPUKAH GIROUD MENGIKUT JEJAK THIERRY HENRY?

Olivier-Giroud-and-Thirry-Henry-2014Sejak kebelakangan ini Olivier Giroud sering dikritik hebat lantaran gagal untuk mengalas tugas sebagai pengempur yang digeruni sebaris dengan Luis Suarez, Sergio Aguero, Daniel Sturridge dan Robin van Persie di pentas Liga Perdana Inggeris. Namun, penyerang Arsenal ini berjaya mempamerkan peningkatan pada musim kedua bersama The Gunners sejak tiba dari Montpellier pada 26 Jun 2012 dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £11 juta.

Olivier Giroud merupakan pemenang anugerah Kasut Emas Ligue 1 bagi musim 2011/12 dengan meledak 21 gol dalam 36 perlawanan. Ketibaan pemain antarbangsa Perancis berusia 27 tahun itu di Stadium Emirates merupakan sebahagian daripada persediaan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyerang prolifik The Gunners, Robin van Persie yang menyertai Manchester United.

Meskipun sering dipersoalkan kredilitinya namun Giroud sebenarnya sedang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan corak permaian Liga Perdana Inggeris. Penyerang kelahiran Chambery, Perancis terus diberi kepercayaan untuk mengemudi jentera serangan The Gunners musim ini. Malah rekod jaringan antara Olivier Giroud dan penyerang lagenda Arsenal, Thierry Henry juga tidak banyak bezanya.

Thierry-Henry-vs-Liverpool-2000Thierry Henry menyertai The Gunners pada 3 Ogos 1999 selepas mengharungi episod suram dengan hanya menjaringkan 3 gol dalam 19 perlawanan bersama Juventus. Musim 1999-2000, Thierry Henry berjaya menjaringkan 26 gol dalam 47 perlawanan pada debut musim bersama Arsenal sebelum menjaringkan 22 gol dalam 53 perlawanan bagi musim kedua di utara London.

Sementara itu, Olivier Giroud pula berjaya menjaringkan 17 gol dalam 47 perlawanan pada musim pertama bersama Arsenal manakala menjaringkan 23 gol dalam 48 perlawanan bagi musim kedua di Stadium Emirates. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan beberapa bekas pemain The Gunners menegaskan bahawa Giroud masih dalam proses menyesuaikan diri dengan corak permainan Arsenal dan memerlukan sedikit masa untuk menyerlah.

Malah, Thierry Henry pernah dikritik hebat oleh penyokong-penyokong Arsenal dan digelar sebagai ‘dull stalemate’ oleh media-media tempatan pada musim kedua ekoran kegagalan membantu Arsenal daripada dibelasah Manchester United 6-1 pada 15 Ogos 2012. Tidak kurang juga yang mempersoalkan krediliti Thierry Henry sebagai seorang penyerang yang tidak dikenali dan bukan berkelas dunia suatu ketika dahulu.

Namun, Thierry Henry berjaya bangkit pada musim berikutnya dengan meledak lebih 32 gol semusim sebelum meninggalkan Arsenal untuk menyertai Barcelona pada 25 Jun 2007 dengan yuran perpindahan sebanyak €24 juta. Malah, penyerang lagenda Arsenal itu berjaya merangkul anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris sebanyak 4 kali selain dua kali dipilih selaku Pemain Terbaik Tahunan PFA bagi musim 2002/03 dan 2003/04.

Giroud-goal-Arsenal-Brighton-Hove-Albion-2013Persoalannya, mampukah Olivier Giroud mengikut jejak langkah Thierry Henry untuk menjadi seorang pengempur yang digeruni di pentas Liga Perdana Inggeris. Tetapi ini tidak bermakna Giroud lebih bagus daripada Henry kerana penyerang lagenda Arsenal itu sudah berada pada kelas yang tersendiri. Masalah utama yang dihadapi oleh Giroud ialah gagal menyempurnakan deretan peluang yang terhidang terutama pada saat-saat genting.

Apa yang dilakukan oleh Arsenal terhadap Giroud sama seperti yang dilakukan kebanyakan kelab-kelab Eropah – beraksi dengan penyerang yang sama. Lantaran itu, Giroud telah diberi peluang untuk terus beraksi meskipun gagal untuk menyerlah. Selain itu, Arsenal juga turut memiliki penyerang pelapis berbakat seperti Yaya Sanogo, Joel Campbell dan Chuba Apkom selain penyerang berpengalaman seperti Lukas Podolski dan Theo Walcott.

This entry was posted in Informasi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply