[ANALISIS] 5 CALON PENGANTI BACARY SAGNA DI ARSENAL

Bacary-Sagna-Arsenal-right-backBek kanan The Gunners, Bacary Sagna semakin hampir untuk meninggalkan Stadium Emirates pada musim panas ini selepas kontraknya bakal berakhir pada 30 Jun ini. Terdahulu, pertahanan kelahiran Perancis itu menolak tawaran kontrak lanjutan selama dua tahun dengan gaji daripada gaji sebanyak £80,000 seminggu daripada Arsenal. Bacary Sagna telah menghabiskan tempoh 7 musim di Stadium Emirates dengan melakukan 284 penampilan dan menjaringkan 5 gol.

Meskipun sudah memiliki bek kanan muda, Carl Jenkinson namun Wenger dilihat terdesak untuk mencari penganti berpengalaman lantaran Jenkinson masih kurang pengalaman selain sebagai back-up di posisi bek kanan. Lantaran itu, Wenger sedang akan berusaha untuk mendapatkan seorang pemain baru bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Sagna. Berikut disenaraikan 5 calon pemain yang berkemungkinan akan mengantikan Sagna:

1- SEAMUS COLEMAN (EVERTON)

Pemain antarabangsa Republik Ireland ini telah menampilkan aksi yang cemerlang bersama Everton sekaligus disenaraikan dalam Pasukan Terbaik PFA bagi musim 2013/14. Bek kanan berusia 25 tahun itu telah menjaringkan 6 gol dan mencipta 2 assist dalam 36 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini. Namun, The Gunners perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £10 juta jika mahu mendapatkan khidmat Coleman.

2-MATHIEU DEBUCHY (NEWCASTLE)

Aaron-Ramsey-vs-Newcastle-United-2013Bek kanan Newcastle United ini merupakan pilihan utama dalam skuad kebangsaan Perancis berbanding Bacary Sagna. Pemain berusia 28 tahun itu menampilkan aksi cemerlang bersama The Toon meskipun dihimpit masalah kecederaan. Debuchy merupakan calon sesuai untuk mengantikan Sagna lantaran sudah semusim beraksi di Liga Perdana Inggeris selain memiliki keserasian bersama dengan Olivier Giroud ketika beraksi dalam skuad kebangsaan Perancis.

3-SERGE AURIER (TOULOUSE)

Serge-Aurier-Ivory-Coast-2013Bek kanan berusia 21 tahun antara pemain yang paling hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal. Serge Aurier turut menampilkan aksi memukau bersama Toulouse dengan menjaringkan 6 gol dan mencipta 6 assist dalam 34 perlawanan musim ini. Namun, pemain antarabangsa Ivory Coast itu mungkin menghadapi sedikit kesukaran dan memerlukan sedikit masa andai berhijrah ke Stadium Emirates.

4-MICAH RICHARDS (MANCHESTER CITY)

Pertahanan versetail England ini mengalami penurunan prestasi selepas mengalami episod kecederaan yang serius sekaligus kehilangan posisi kepada Pablo Zabaleta. Micah Richards pernah disenarai pendek sebagai Pemain Terbaik Manchester City pada musim 2011/12. Arsenal berpeluang cerah untuk menandatangani bek kanan berusia 25 tahun itu secara free agent selepas The Citizen tidak mahu menyambung kontraknya yang berakhir 30 Jun ini.

5-CALUM CHAMBERS (SOUTHAMPTON)

Bek kanan berusia 19 tahun ini merupakan antara prospek yang hangat dalam Liga Perdana Inggeris setelah menampilkan aksi yang mmberansangkan dalam 18 perlawanan musim ini. Kapten skuad England B-19 telah berjaya menarik perhatian beberapa kelab utama Inggeris termasuk Arsenal. Namun, Calum Chambers dilihat bukanlah pilihan terbaik untuk mengantikan Sagna lantaran The Gunners memerlukan seorang pemain berpengalaman.

statistics-for-bacary sagna-replacementBek kanan muda Toulouse, Serge Aurier memiliki rekod jaringan dan assist yang lebih baik berbanding pemain-pemain lain. Namun, Seamus Coleman dilihat lebih cemerlang dari aspek hantaran sempurna dan key passes serta rekod kesalahan (fouls) yang agak baik manakala Mathieu Debuchy pula lebih menyerlah dari aspek bertahan seperti terjahan bersih, pintasan dan clearance bola dari kawasan berbahaya.

Berdasarkan statistik musim ini, Seamus Coleman dan Mathieu Debuchy merupakan calon terbaik untuk mengantikan Bacary Sagna selain memiliki pengalaman yang luas dalam Liga Perdana Inggeris dan pentas antarabangsa. Namun, Arsenal perlu mengeluarkan perbelanjaan sekitar £10 juta. Dari segi prospek jangka masa panjang, Serge Aurier memiliki peluang yang cerah untuk menyarung jersi The Gunners. Walau bagaimanapun, segala keputusan terletak di tangan Arsene Wenger.

This entry was posted in Informasi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply