[SEJARAH] 1931 – KEJUARAAN LIGA PERTAMA MILIK ARSENAL

Arsenal-first-league-title-1931Setelah mengharungi episod mengecewakan apabila sekadar menamatkan saingan liga di kedudukan ke-14 pada musim sebelumnya, Arsenal bangkit menampilkan prestasi hebat untuk menjulang kejuaraan Liga Divisyen Satu pada musim 1930/31. Skuad bimbingan Herbert Chapman dibarisi pemain bintang yang mahal namun masih gagal untuk meraih kejuaraan liga pada musim sebelumnya.

Tanggal 18 April 1931, Arsenal akhirnya berjaya menjulang kejuaraan liga pertama dalam sejarah penubuhan kelab sejak pada 1886. Musim tersebut juga menyaksikan penampilan pertama penjaga gol Belanda, Gerry Keyser yang merupakan pemain asing pertama yang beraksi bersama The Gunners. Sejak dari permulaan musim, skuad bimbingan Herbert Chapman itu tampil dengan aksi yang mantap dan konsisten dalam perebutan kejuaraan liga.

Arsenal-v-Huddersfield-November-1947Arsenal berjaya mencatatkan 5 kemenangan berturut-turut pada permulaan musim dengan Jack Lambert menjadi penjaring utama dengan meledak 8 gol dalam 5 perlawanan. The Gunners berjaya meraih 15 mata dari lapan perlawanan pertama sebelum mengumpul 35 mata pada pertengahan musim. Antara pencapaian cemerlang Arsenal dengan mencatatkan kemenangn besar termasuk menewaskan Derby County (6-3), Blackpool (7-1), Grimsby Town (9-1), dan Leicester (7-2).

Kemuncak saingan menyaksikan Arsenal terpaksa berhadapan dengan pencabar terdekat, Liverpool pada pertenghan Februari untuk mengesahkan kedudukan di persada liga. Dalam pertemuan di Highbury yang disaksikan 39,143 penonton itu, The Gunners terlebih dahulu ketinggalan menerusi jaringan sendiri Herbert Roberts dengan corak pemainan mantap yang dipamerkan oleh The Reds.

Namun, babak kedua menyaksikan Arsenal tampil lebih baik untuk mengimbangi corak permainan Liverpool dengan David Jack menjaringkan gol penyamaan. Cliff Bastin kemudiannya meletakan The Gunners mendahulu sebelum Jack Lambert meledak gol ketiga hasil umpanan Joe Hulme. Sebaik wisel penamat ditiupkan, Arsenal meraihkan kemenangan ke atas Liverpool tersebut selepas Aston Villa turut tidak lagi menjadi ancaman.

Skuad bimbingan Herbert Chapman seharusnya berterima kasih kepada gandingan serangan yang diterajui Jack Lambert, David Jack dan Cliff Bastin di mana pertahanan lawan tidak mempunyai jawapan untuk menghalangnya. Jack Lambert telah menjaringkan 38 gol dalam 34 perlawanan manakala David Jack meledak 31 gol dalam 35 perlawanan sementara Cliff Bastin mencatatkan 28 gol dalam 42 perlawanan pada musim 1930/31. Kejayaan ini cukup manis untuk diingati dan kekal dalam lipatan sejarah Arsenal.

This entry was posted in Sejarah and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply