[SEJARAH] 1930 – KEJUARAAN PERTAMA MILIK ARSENAL

Arsenal-win-FA-Cup-1930Bangkit dari kekecewaan final Piala FA 1927 selepas tumpas 1-0 kepada Cardiff City, Herbert Chapman sekali lagi berjaya membimbing Arsenal untuk mara ke perlawanan akhir Piala FA pada 26 April 1930 di Stadium Wembley sekaligus menyemai impian pemain dan penyokong-penyokong The Gunners untuk meraih kejuaran utama pertama dalam sejarah kelab yang berpangkalan di utara London ini sejak ditubuhkan pada tahun 1886.

Ironinya, dalam perlawanan akhir ini Herbert Chapman bakal berdepan bekas kelabnya, Huddersfield Town yang dibimbingnya dari tahun 1921 hingga 1925. Pengurus kelahiran Yorkshire, England itu yang terkenal dengan taktikal hantaran pendek dan serangan balas serta larian-larian mengelirukan di bahagian sayap pernah meraih dua kejuaraan Liga Divisyen satu (1923/24, 1924/25) dan satu kejuaraan Piala FA (1922/23) sebelum menyertai The Gunners pada tahun Jun 1925.

Arsenal memulakan saingan Piala FA di pusingan ke-3 dengan menewaskan Chelsea 2-0 sebelum diikat seri 2-2 dengan Birmingham pada pusingan ke-4. Namun, Arsenal berjaya meneruskan kemaraan dengan menundukan Bormingham 1-0 pada aksi timbal balik. Pada pusingan ke-5, Arsenal mengalahkan Middlebrough 2-0 sebelum mengenepikan cabaran West Ham United 3-0 pada peringkat suku akhir. Di separuh akhir, skuad bimbingan Herbert Chapman ini berjaya menewaskan Hull City 3-2 secara aggregate.

Di pentas akhir, Arsenal yang diketuai oleh Tom Parker berdepan dengan Huddersfield Town yang dibimbing oleh Clem Stephenson telah disaksikan oleh 92,486 penonton yang membanjiri Stadium Wembley. Sebelum sepak mula, King George V yang baru sembuh dari gering diperkenalkan kepada pemain dan penonton-penonton. Pertembungan ini merupakan yang pertama buat kedua-dua pasukan dalam perlawanan akhir telah diadili oleh T.Crew dari Liecester.

Arsenal akhirnya berjaya menjulang kejuaraan pertama menerusi jaringan Alex James pada minit ke-16 sebelum Jack Lambert melengkapkan hari gemilang The Gunners dengan gol pada minit ke-88. Kejayaan merangkul kejuaraan pertama telah menjadi detik perubahan dalam mencetus transformasi buat Arsenal untuk meraih kejuaraan demi kejuaraan sekaligus muncul antara kelab paling berjaya di England selepas Liverpool dan Manchester United.

Venue : Stadium Wembley, London

Arsenal XI : Charlie Preedy, Tom Parker (C), Eddie Hapgood, Alf Baker, Bill Seddon, Bob John, Joe Hulme, David Jack, Jack Lambert, Alex James, Cliff Bastin

Huddersfield Town XI : Hugh Turner, Roy Goodall, Bon Spence, Jimmy Naylor, Tom Wilson (C), Austen Campbell, Bob Kelly, Harry Davies, Harry Raw, Billy Smith

This entry was posted in Sejarah and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply