[PERSPEKTIF] WENGER BAKAL KEKAL DI ARSENAL – CAMPBELL

Sol-Campbell-with-Arsene-WengerLagenda Arsenal, Sol Campbell percaya Arsene Wenger akan kekal selaku pengurus The Gunners hingga ke penghujung musim ini. Meskipun Wenger dikritik hebat selepas kekalahan 0-3 kepada Everton dan bergelut untuk merebut slot terakhir ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Bekas pertahanan Arsenal itu yakin bahawa pengurus kelahiran Perancis itu akan menandatangani kontrak lanjutan dan terus kekal membimbing The Gunners.

“(Arsene) Wenger mengambil masa yang lama untuk menandatangani kontrak, dia selalu melakukan perkara yang sama. Saya tidak kit harus terkejut denga situasi ini,” kata Campbell kepada FourFourTwo.

“Saya tidak fikir dia akan berundur dan dia tidak akan meninggalkan kedudukannya. Saya tidak rasa Arsene (Wenger) seorang benar-benar tertewas.”

“Saya yakin sudah tentu dia mahu menamatkan saingan di kedudukan terbaik Liga Perdana Inggeris dan melayakan diri ke Liga Juara-Juara Eropah.”

“Dia mengetahui kelab ini, dia tahu apa yang dia lakukan. Tidak semua orang akan sentiasa menang sepanjang masa tetapi dia cukup berjaya sebagai pengurus (Arsenal) dan konsistensi merupakan kunci,” kata bekas pertahanan England berusia 39 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply