[PERSPEKTIF] SZCZESNY MAHU BERAKSI DI PENTAS FINAL PIALA FA

Lukasz-Fabianski-Wojciech-Szczesny-Arsenal-2014Wojciech Szczesny memuji dan mengalu-alukan kcemerlangan rakan senegaranya, Lukasz Fabianski ketika membantu Arsenal mara ke perlawanan akhir Piala FA namun penjaga gol berusia 23 tahun itu mengakui dirinya mahu beraksi di perlawanan akhir Piala FA nanti. The Gunners bakal turun menentang Hull City dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley pada 17 Mei nanti dalam misi untuk menamatkan kemarau kejuaraan sejak 8 musim yang lalu.

Terdahulu, Fabianski cemerlang menyelamat dua sepakan penalti Wigan Athletic untuk Arsenal menang 4-2 dalam perlawanan separuh akhir selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 120 minit. Musim ini, Fabianski hanya beraksi dalam 5 perlawanan Piala FA,2 perlawanan Liga Juara-Juara Eropah dan 2 perlawanan Piala Liga manakala Wojciech Szczesny pula telah mengemudi gawang dalam 34 perlawanan Liga Perdana Inggeris dan 9 perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

“Saya¬† ingin untuk beraksi (di final Piala FA) tetapi itu terletak kepada keputusan pengurus. Segalanya bergantung kepada dia,” kata Szczesny baru-baru ini.

“Saya rasa Lukasz (Fabianski) telah melakukan tugasnya dengan baik dan dia berhak mendapat pujian.”

“Saya adalah penyokong Arsenal dan saya hanya mahu kami menjulang kejuaraan. Bagi kami, sangat penting untuk menjulang kejuraan dan kami berharap dapat mententeram semua pihak di kelab ini.”

Ketika ini, Wojciech Szczesny merupakan penjaga gol no.1 Arsenal sementara Lukasz Fabianski merupakan penjaga no.2 Arsenal yang mengemudi gawang The Gunners sepanjang kempen Piala FA musim ini. Jadi, siapakah yang layak untuk mengawalgawang Arsenal pada final Piala FA nanti?

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply