[PERSPEKTIF] SUDAH TIBA MASANYA UNTUK WENGER BERUNDUR

arsene-wenger-injury-crisis-2013Legenda Arsenal, Nigel Winterburn berpendapat bahawa Arsene Wenger perlu meninggalkan kelab penghujung musim ini jika gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah. Terdahulu, peluang The Gunners untuk menduduk posisi ke-4 liga sedikit terancam selepas tewas 3-0 kepada Everton kelmarin. Untuk rekod, Arsenal tidak pernah terlepas slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah sejak 17 musim yang lalu.

“Saya menjangkakan Arsene Wenger akan menandatangani kontrak (bersama Arsenal) beberapa minggu lalu,” kata Winterburn kepada BBC Radio Five Live.

“Dia berkata dia tidak mahu menganggu fokus pasukan. Saya kini berfikir jika Arsenal tidak dapat menamatkan liga di kedudukan keempat, Arsene harus mempertimbangkan mengenai pemergiannya.”

“Secara peribadi, saya berharap itu tidak berlaku. Saya berharap dia mengubah caranya dan mengukuhkan pasukan pada musim panas ini. Saya tidak fikir mereka akan pergi jauh tetapi ia sangat mengecewakan jika kami gagal pada penghujung saingan nanti.”

Arsene-Wenger-and-Roberto-MartinezSementara itu, seorang lagi lagenda Arsenal, Ian Wright turut sependapat dengan Winterburn yang mahu Arsene Wenger berundur selaku pengurus The Gunners.  Bekas penyerang Arsenal berusia 49 tahun itu memilih pengurus Everton, Roberto Martinez sebagai penganti ideal buat Arsene Wenger. Bekas pengurus Swansea City dan Wigan Athletic berjaya membimbing The Toffees untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

“Dia (Martinez) merupakan seorang pengurus yang kami perlukan, seorang pengurus muda itu membuktikan taktikalnya dan dia tahu apa yang dia lakukan,” kata Ian Wright kepada BBC.

“Itu merupakan seorang pengurus yang bagus, Roberto Martinez seorang yang cukup sempurna. Jika anda bertanya kepada saya, saya mahukan Martinez (menjadi pengurus Arsenal).Dia seorang pengurus yang diperlukan untuk memacu Arsenal ke hadapan.”

“Saya merasakan ramai penyokong sukar membayangkan (Arsenal tanpa Wenger). Seperti yang mereka katakan di media sosial, mereka perlu berhati-hati dengan cita-cita mereka tetapi Arsenal kini berada dalam kekosongan dan itu tidak bagus,” kata Ian Wright lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply