[PERSPEKTIF] KIM KALLSTROM GEMBIRA BERAKSI BERSAMA ARSENAL

Kim-Kallstrom-happy-with-ArsenalTonggak tengah Sweden, Kim Kallstrom melahirkan rasa gembiranya selepas mendapat debut penuh bersama Arsenal ketika menewaskan West Ham United. Pemain tengah berusia 31 menyertai The Gunners secara pinjaman dari kelab Russia, Spartak Moscow pada hari terakhir jendela perpindahan Januari lalu. Terdahulu, Kallstrom telah beraksi sebagai pemain gantian ketika menentang Swansea City dan Wigan Athletic.

“Saya rasa sangat bagus, saya sangat gembira dapat beraksi (bersama Arsenal). Saya menunggu tempoh yang lama untuk melakukannya,” kata Kallstrom kepada tabloid Sweden, Expressen.

“Itu merupakan satu kepuasan sebenar apabila dapat beraksi 90 minit dan mencatatkan kemenangan penting. Ia cukup ketara di mana saya berasa sangat bagus, saya bermain bersama pemain-pemain yang berkemahiran.”

“Sudah tentu, saya berasa sangat bagus apabila bermula untuk Arsenal. Semakin lama kita bermain, semakin mudah untuk kita untuk mencapainya.”

Kim-Kallstrom-debut-with-ArsenalDalam perlawanan awal pagi semalam, Arsenal bangkit dari ketinggalan 1-0 menerusi jaringan Matt Jarvis untuk menewaskan West Ham United 3-1 di Stadium Emirates. Lukas Podolski meledak dua gol manakala satu gol lagi disumbang oleh Olivier Giroud sekaligus kembali melonjakan The Gunners kembali ke posisi ke-4 Liga Perdana Inggeris. Penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny gembira dan memuji aksi mantap yang dipamerkan oleh Kim Kallstrom.

“Kim (Kallstrom) beraksi 90 minit dan dia seorang pemain yang sangat berpengalaman terutama ketika kami beraksi di bawah tekanan pada separuh masa kedua dan dia telah melakukannya dengan baik. Semoga dengan pengalaman dia beraksi dan mengharungi musim-musim yang mencabar dapat membantu kami di sini,” kata penjaga gol kelahiran Poland itu.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply