[PERSPEKTIF] JARINGAN SULUNG SAYA BAKAL TIBA – SANOGO

Yaya-Sanogo-vs-FenerbahceBintang muda Arsenal, Yaya Sanogo melaungkan keyakinan bahawa dirinya akan menjaringkan gol pertamanya bersama Arsenal tidak lama lagi. Penyerang berusia 21 tahun itu turut mengakui bahawa dirinya mendapatkan khidmat nasihat daripada dua lagenda Arsenal, Thierry Henry dan Robert Pires dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris. Setakat ini, Sanogo masih belum menjaringkan sebarang gol dalam 10 perlawanan bersama Arsenal.

Malah, Sanogo turut diberi peluang beraksi dalam beberapa perlawanan termasuk ketika menentang Bayern Munich dan Liverpool. Penyerang berusia 21 tahun itu menyertai The Gunners dari kelab Perancis, Auxerre pada 1 Julai 2013 sebagai agen bebas. Meskipun sering dihimpit masalah kecederaan yang serius, Sanogo berjaya menampilkan aksi cemerlang dengan menjaringkan 11 gol dalam 24 perlawanan bersama Auxerre.

“Saya sentiasa memikirkannya. Itu adalahYaya-Sanogo-with-Thierry-Henry normal kerana saya seorang penyerang,” kata Sanogo ketika ditanya mengenai usahanya untuk menjaringkan gol pertama bersama Arsenal.

“Ramai orang di sini yang mahu melihat saya menjaringkan gol (untuk Arsenal).”

“Mereka sentiasa melihat saya berkerja keras dan itu menjadi satu penghargaan kepada saya untuk menjaringkan gol pertama saya (bersama Arsenal). Saya tahu gol itu pasti akan hadir.”

“Saya sebenarnya bukan seorang yang peramah tetapi saya banyak bertanya dan mendapatkan pendapat. Saya rasa saya boleh belajar daripada sesiapa sahaja ; bekas pemain yang hebat atau bukan pemain berpengalaman.”

“Terdapat banyak perkara yang menarik di sini. Musim ini Robert Pires telah menjalani latihan bersama kami dan setiap kali saya akan bertanyakan sesuatu daripadanya.”

“Begitu juga ketika Thierry Henry bersama dengan kami. Mereka telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada saya.”

Penyerang muda Perancis itu cemerlang membantu negaranya menjulang Piala Dunia FIFA B-20 pada musim panas tahun lalu. Dalam kejohanan tersebut, Sanogo telah muncul penjaring terbanyak negaranya dengan menjaringkan 4 gol dalam 7 perlawanan. Bekas penyerang Auxerre berusia 21 tahun itu turut melaungkan keyakinan akan tampil lebih meyakinkan dan cemerlang musim hadapan.

Yaya-Sanogo-France-U-17“Tahun hadapan, saya akan tampil dengan lebih baik semasa latihan pra-musim dan saya akan cuba untuk memahami bahasa dan bola sepak Inggeris dengan lebih baik,” kata Sanogo lagi.

“Saya masih baru di sini untuk beraksi bersama-sama mereka. Namun, saya dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam skuad ini serta mendapat bantuan daripada rakan-rakan Perancis saya di sini.”

“Saya masih beraksi dalam banyak perlawanan walaupun menjalani latihan bersama skuad utama musim ini,” kata penyerang muda Perancis itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply