[PERSPEKTIF] ABOU DIABY MAMPU MENJADI SEHEBAT VIEIRA – SAGNA

abou-diaby-vs-patrick-vieira-2010Bacary Sagna bersimpati dengan episod demi episod kecederaan yang dialami oleh tonggak tengah Arsenal, Abou Diaby. Pemain tengah berusia 27 tahun berehat panjang lebih setahun kerana kecederaan lutut sejak pertengahan Mac tahun lalu. Namun, Diaby kembali dihimpit kecederaan ketika beraksi bersama skuad Arsenal B-21. Sagna percaya jika Abou Diaby sentiasa cergas dan tidak mengalami kecederaan, dia mampu menjadi sehebat Patrick Vieira.

“(Abou) Diaby masih muda, itu cukup luar biasa kerana dia berusaha untuk kembali bermain meskipun mengharungi episod hitam dalam kariernya,” kata Sagna menerusi laman rasmi Arsenal.com.

“Tetapi dia masih berjuang, dia sentiasa tersenyum dan itu yang membuatkan saya menyukainya. Dia sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik, dia sentiasa positif dan saya yakin dia akan kembali.”

“Bagi saya, dia merupakan antara pemain terbaik di dunia (jika dia cergas sepenuhnya). Apabila dia beraksi di tahap terbaiknya, dia mampu beraksi sebagus Patrick Vieira. Dia sangat penting bagi pasukan dan dia boleh menjadi kunci kejayaan pasukan.”

Abou-Diaby-with-Wenger-on-training“Sejujurnya, saya sangat terkejut ketika dia mengalami kecederaan (di Swansea tahun lalu) kerana bagi saya dia berhak untuk mendapat yang terbaik dalam kariernya.”

“Dia seorang pemain yang hebat dengan kemahiran yang tinggi dan keupayaan yang tersendiri tetapi dia sering mengalami kecederaan.”

“Namun, itulah kehidupan dan saya rasa dia cukup kuat untuk beraksi dengan kerja kerasnya. Dan itu yang telah dilakukan olehnya sehingga kini. Saya gembira untuk melihatnya (bermain),” kata Sagna lagi.

Abou Diaby menyertai The Gunners dari kelab Perancis, Auxerre pada 26 Januari 2006 dengan yuran perpindahan sebanyak £2 juta. Namun, pemain kelahiran Perancis berusia 27 tahun ini telah mengalami 38 kecederaan sejak 1 Mei 2006. Meskipun sering dihimpit masalah kecederaan namun Abou Diaby itu telah melakukan 178 penampilan dengan menjaringkan 19 gol sepanjang 9 musim bersama The Gunners.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply