[PERSPEKTIF] ARSENE WENGER PERTAHANKAN MIKEL ARTETA

Arsene-Wenger-talks-to-Mikel-ArtetaMeskipun Mikel Arteta sering dikritik hebat oleh penyokong-penyokong The Gunners lantaran gagal untuk menampilkan prestasi yang mantap musim ini namun pengurus Arsenal, Arsene Wenger tampil mempertahankan pemain tengah kelahiran Sepanyol itu. Mikel Arteta menyertai Arsenal dari Everton pada hari-hari terakhir jendela perpindahan musim panas 2011 lalu dengan yuran perpindahan sebanyak £10 juta.

Arteta yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 pada 26 Mac lalu dikritik hebat dan menjadi kambing hitam selepas gagal untuk membantu Arsenal mengekalkan kedudukan di persada Liga Perdana Inggeris. Pemain kelahiran San Sebastian itu kini hangat dikaitkan dengan kepulangan semula ke Everton lantaran Arsenal kini sudah memiliki ramai pemain tengah yang mantap namun Wenger menegaskan bahawa Arteta masih diperlukan oleh Arsenal.

“Saya menyukai (Mikel) Arteta kerana kualiti yang dimilikinya, kemampuan untuk fokus dan memiliki mental seorang juara,” kata Wenger kepada Sky Sports.

“Saya sangat menghormati terhadap apa yang telah dia (Arteta) sumbangkan musim ini.”

“Ketika ini dia mengharungi detik-detik sukar namun dengan profesionalisme dan tekad yang dimilikinya, saya rasa Mikel masih memiliki beberapa musim untuk tetap bersaing di peringkat tertinggi,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

Kata-kata Arsene Wenger itu ada asasnya lantaran pemain tengah berusia 32 tahun itu terus komited bersama The Gunners dengan membantu Arsenal menewaskan Wigan Athletic untuk mara ke perlawanan akhir Piala FA. Malah, Mikel Arteta turut kehilangan dua giginya selepas berlanggar dengan siku George Boyd ketika membantu Arsenal menewaskan Hull City minggu lalu.

Incoming search terms:

  • Arsenal herb
This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply