[PERSPEKTIF] ARSENAL PERLUKAN PEMAIN BERKELAS DUNIA – CAMPBELL

Sol-Campbell-FA-EnglandLagenda Arsenal, Sol Campbell mendesak pengurusan Arsenal agar berusaha keras dalam pasaran perpindahan pemain pada musim panas nanti. Bekas pertahanan The Gunners itu mahu Arsenal mendapatkan pemain berkelas dunia untuk bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan. Pada musim panas lalu, Arsenal mengejutkan ramai pihak apabila berjaya mendapatkan tonggak tengah Jerman, Mesut Ozil dari Real Madrid.

Sol Campbell menyertai The Gunners dari kelab musuh setempat, Tottenham Hotspurs pada musim panas 2001. Pertahanan kental kelahiran England itu telah menjulang 2 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 3 Piala FA dan 2 Perisai Komuniti sepanjang 6 musim bersama Arsenal. Campbell berpendapat bahawa masalah kecederaan menjadi faktor utama kegagalan Arsenal untuk menjulang kejuaraan liga meskipun berjaya menguasai tahta liga lebih separuh musim.

Arsenal-celebration-vs-Marseille-2013“Arsenal memerlukan beberapa pemain-pemain berpengalaman dan berkelas dunia. Jika kesemuanya pemain-pemain yang sedia ada cergas, mereka masih memerlukan 3 orang pemain lagi,” kata bekas pertahanan kental Arsenal itu.

“Mereka (Arsenal) harus menjadi pasukan yang digeruni. Mereka perlu menambah beberapa pemain yang mampu memberi ketakutan kepada pasukan lawan dengan kemampuan untuk beraksi dengan baik.”

“Kecederaan sangat mengganggu prestasi Arsenal musim ini. Kita tidak apakah hasil seandainya Aaron Ramsey sentias cergas, The Walcott tidak cedera dan Jack Wilshere bermain lebih kerap.”

“Dan seandainya itu terjadi, maka situasi Arsenal boleh menjadi seperti Liverpool. The Reds mara kehadapan kerana tiada banyak gangguan dari kecederaan,” kata Campbell lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply