[PERPINDAHAN] MESUT OZIL DALAM PEMBURUAN BARCELONA

Cesc-Fabregas-vs-Mesut-OzilLagenda Arsenal, Ray Parlour mengesa Arsenal supaya berusaha untuk mengekalkan Mesut Ozil musim depan. Bintang termahal The Gunners itu disebut-sebut dalam pemburuan kelab gergasi La Liga, Barcelona pada musim panas ini. The Catalan itu dikhabarkan telah menyediakan dana sebanyak £30 juta untuk mendapatkan khidmat playmaker Jerman itu bagi memperkuatkan pasukan selepas gagal untuk meraih sebarang kejuaraan musim ini.

Mesut Ozil tiba di Stadium Emirates dari kelab seteru Barcelona, Real Madrid pada hari-hari terakhir jendela perpindahan musim panas lalu dengan yuran perpindahan sebanyak £42.5 juta. Meskipun pemain tengah Jerman itu masih belum menampilkan prestasi sebenar bersama The Gunners namun Ray Parlour menegaskan bahawa merupakan pemain penting dalam memacu kebangkitan Arsenal.

Mesut-Ozil-vs-Borussia-Dortmund-2013“Penyokong-penyokong Arsenal masih belum melihat aksi terbaik dari Mesut Ozil. Semua pihak begitu bersemangat sejak dia tiba di sini,” kata bekas tonggak tengah Arsenal itu.

“Penyokong-penyokong pastinya akan terkejut jika dia meninggalkan Arsenal. Wenger perlu mengekalkan setiap pemain yang ada dalam skuad dan harus memperkuatnya pasukan pada musim panas ini.”

“Arsenal perlu membeli dua orang penyerang dan pemain holding midfielder jika mereka mahu mencerahkan peluang untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim hadapan,”kata Parlour lagi.

Incoming search terms:

  • perpindahan arsenal
This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply