[PERPINDAHAN] JOHAN DJOUROU BAKAL TINGGALKAN ARSENAL

Johan-Djourou-move-to-HamburgJohan Djourou semakin hampir untuk meninggalkan Arsenal secara tetap selepas menghabiskan tempoh 11 bersama The Gunners. Kelab Jerman, Hamburger SV telah mengaktifkan klausa perpindahan Djourou selepas yakin dengan prestasi yang ditunjukan olehnya. Terdahulu, pertahanan antarabangsa Switzerland itu menyertai Hamburger SV secara pinjaman sejak Julai 2013 hingga ke penghujung musim ini.

Pertahanan berusia 27 tahun yang bergelut dengan masalah kecergasan itu telah beraksi dalam 20 perlawanan bersama Hamburger SV setakat ini. Menurut  media tempatan melaporkan Hamburger SV bersedia untuk membayar £2.5 hingga 3.5 juta untuk mendapatkan khidmat Johan Djourou sehingga 2016. Sementara itu, pengurus Hamburger SV, Mirko Slomka nyata gembira dengan persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pihak.

“Saya gembira kerana dia mahu terus kekal bersama kami untuk beberapa tahun lagi di mana dia berjaya memberi kestabilan di barisan pertahanan kami,” kata pengurus Hamburger SV berusia 46 tahun itu.

Johan Djourou mula menyertai Arsenal dari kelab Switzerland, Etoile Carouge pada 2005 ketika berusia 15 tahun. Pertahanan tengah ini kemudiannya menandatangani kontrak professional bersama Arsenal pada 1 Ogos 2003. Sepanjang bersama The Gunners, pemain kelahiran Abidjan, Ivory Coast ini telah beraksi dalam 144 perlawanan dengan menjaringkan satu gol. Buat Johan Djourou, selamat maju jaya.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply