[PERPINDAHAN] CAZORLA PUJUK CASILLAS UNTUK SERTAI ARSENAL

Iker-Casillas-with-Santi-Cazorla-SpainDi sebalik situasi yang kurang mengembirakan Iker Casillas dalam dua musim kebelakangan ini menimbulkan kemungkinan penjaga gol Real Madrid itu meninggalkan Santiago Bernabeu pada jendela perpindahan musim panas nanti. Penjaga gol no.1 Sepanyol berusia 32 tahun itu tidak lagi mejadi pilihan sejak mengalami kecederaan serius selepas berlanggar dengan rakan sepasukan, Alvaro Arbeloa pada 17 Januari 2013.

Ketibaan penjaga gol Sevilla, Diego Lopez di Santiago Bernabeu dengan yuran perpindahan sebanyak €3.5 juta pada 25 Januari 2013. Di sebalik kecederaan yang menimpa Iker Casillas, pengurus Real Madrid ketika itu, Jose Mourinho menamakan Diego Lopez selaku penjaga gol utama sehingga ke penghujung musim. Meskipun jawatan pengurus Real Madrid telah diambil alih oleh Carlo Anceloti pada musim panas 2013, namun penjaga gol no.1 Sepanyol itu terus dipinggirkan.

Musim ini, Iker Casillas hanya beraksi dalam 10 perlawanan bersama The Galacticos. Ironinya, penjaga gol berusia 32 tahun itu masih belum beraksi dalam saingan La Liga musim dan hanya beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dan Copa Del Rey. Lantaran itu, pemain tengah Arsenal, Santi Cazorla yang merupakan rakan sepelatih Casillas dalam skuad kebangsaan Sepanyol berusaha memujuk penjaga gol no.1 Sepanyol untuk berhijrah ke Stadium Emirates.

“Saya sudah memberitahunya (Iker Casillas) yang saya mahu dia menyertai Arsenal. Namun setakat ini, dia hanya ingin tahu mengenai pengalaman saya di England,” dedah Cazorla kepada Sport360.

“Situasinya sangat rumit namun dia perlu membuat keputusan (demi masa depan). Banyak kelab mahu medapatkan khidmatnya termasuk Arsenal.”

“Tetapi saya rasa sangat sukar untuk dia (Casillas) meninggalkan Real Madrid kerana itu merupakan kelab pertama yang disertainya. Dia tahu apa yang dia dapat di Madrid dan apa yang dia boleh dapat daripada kelab lain,” tambah Cazorla lagi.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply