[KOMENTAR] SAMIR NASRI TINGGALKAN ARSENAL DEMI KEJUARAAN

Samir-Nasri-Capital-One-Trophy-2014Pemain tengah Manchester City, Samir Nasri mendedah keputusannya meninggalkan Arsenal demi masa depan dan impiannya untuk menjulang kejuaraan. Pemain berusia 27 tahun itu mengakui gembira dengan keputusannya meninggalkan The Gunners pada musim panas 2011 apabila berjaya 3 kejuaraan bersama Manchester City termasuk Liga Perdana Inggeris 2011/12, Perisai Komuniti 2012 dan Piala Capital One 2013/14.

Pemain kelahiran Perancis itu tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan sejak menyertai Arsenal pada 30 Julai 2008 dengan yuran perpindahan sebanyak £14 juta dari Marseille. Sepanjang bersama Arsenal, Nasri telah beraksi dalam 125 perlawanan dengan menjaringkan 27 gol. Pada 24 Ogos 2011, Samir Nasri telah menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama Manchester City dengan bayaran perpindahan sebanyak £25 juta.

“Berkenaan dengan pemergian saya dari Arsenal? Apabila anda meninggalkan sesebuah kelab untuk kelab yang lebih kaya, anda akan dilabelkan sebagai mata duitan,” kata Nasri memulakan bicaranya.

Samir+Nasri+Wolves+v+ManC“Saya melakukan sedikit kajian sebelum saya berhijrah ke Manchester City, saya akan menyertai kelab bersama-sama Yaya Toure, David Silva, Sergio Aguero, Carlos Tevez.”

“Saya telah menghabiskan 3 musim bersama Arsenal tanpa sebarang kejuaraan dan di penghujung musim musim mereka menjual pemain terbaik seperti Cesc Fabregas.”

“Saya lebih cenderung memilih untuk menyertai Manchester City dan saya memenagi kejuaraan di sini serta mendapat kehidupan yang lebih baik.”

“Dan itu terbukti dengan dua kejuaraan utama dalam tempoh 3 tahun. Saya gembira dengan keputusan saya,” kata pemain berusia 27 tahun itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply