[KOMENTAR] MANUEL PELLEGRINI MIRIP ARSENE WENGER – NASRI

Manuel-Pellegrini-and-Arsene-WengerPemain tengah Manchester City, Samir Nasri mengakui bahawa Manuel Pellegrini mempunyai persamaan dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger. Pellegrini mengambil alih tugas selaku pengurus The Citizen pada musim panas lalu. Meskipun baru semusim bersama Manchester City, Pellegrini telah membantu menjulang kejuaraan Piala Capital One awal Mac lalu serta masih dalam persaingan mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

“Dia (Pellegrini) seperti saudara kepada Arsene Wenger. Mereka memiliki persamaan,” kata Nasri baru-baru ini.

“Serius. Mereka mahu pasukan bermain dengan cara yang sama ; menyerang dan menguasai bola. Mereka adalah pengurus yang baik dan sentiasa tenang.”

“Selepas kekalahan,mereka tidak menjerit dan memarahi pemain di dalam bilik persalinan. Sehari kemudiannya, dia akan memberitahu apa yang dilihat olehnya (kesalahan pemain). Saya benar-benar menyukai mereka berdua.”

Sementara itu, Samir Nasri turut mengakuiSamir-Nasri-with-Arsene-Wenger masih memiliki hubungan baik dengan pengurus Arsenal dan menyifatkan Wenger sebagai seorang bapa dalam karier bola sepaknya.

Pemain kelahiran Perancis itu pernah berada di bawah kendalian Wenger ketika beraksi bersama The Gunners dari 2008 hingga 2011.

Nasri turut berharap agar Arsenal akan menewaskan Hull City pada perlawanan akhir Piala FA sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan sejak 9 musim yang lalu.

“Arsene (Wenger) merupakan bapa bola sepak saya,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

“Dia telah membawa saya dari Perancis dan menjadikan saya seperti hari ini. Dia membuatkan saya percaya dengan kualiti yang dimiliki oleh saya. Dia seorang yang hebat.”

“Saya mendoakan Arsenal di perlawanan akhir Piala FA nanti. Saya berharap mereka (Arsenal) akan menang.”

“Saya mungkin mempunyai masalah dengan penyokong Arsenal kerana layanan mereka kepada saya. Tetapi saya mahu Arsene memenangi trofi ini kerana dia tidak berhak menerima cemuhan yang dilemparkan kepadanya,” kata pemain antarabangsa Perancis berusia 26 tahun itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply