[KOMENTAR] KECEDERAAN HALANG ARSENAL JULANG KEJUARAAN LIGA

Arsenal-vs-Bayern-Munich-19-Feb-2013Bekas pengurus Liverpool, Gerard Houllier percaya bahawa kegagalan Arsenal untuk terus bersaing dan mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris berpunca daripada kehilangan beberapa pemain penting kerana kecederaan. Terdahulu, Arsenal gah mendominasi liga untuk tempoh 5 bulan sebelun kehilangan tahta itu pada awal Februari lalu. The Gunners telah kehilangan Aaron Ramsey, Theo Walcott, Mesut Ozil, Jack Wilshere dan Laurent Koscielny pada separuh kedua musim ini menyebabkan Arsenal kehilangan rentak.

Aaron Ramsey yang telah menjaringkan 8 gol dan merupakan penjaring kedua terbanyak dalam liga ketika itu sebelum mengalami kecederaan paha pada hujung Disember lalu. Kecemerlangan pemain tengah Wales itu mempengaruhi persembahan Arsenal musim sebelum mengalami kecederaan. Kehilangan Theo Walcott, seorang lagi pemain penting kerana kecederaan anterior cruciate ligament ketika perlawanan Piala FA menentang Spurs juga satu masalah kerugian besar buat The Gunners.

Jack-Wilshere-Mesut-Ozil-vs-MarseilleSementara itu, kecederaan Jack Wilshere dan Mesut Ozil pada pertengahan Ferbuari lalu menambah derita pengurus Arsenal, Arsene Wenger bagi mengimbangi kekuatan di bahagian midfielder The Gunners. Kecederaan yang menimpa Ozil dan Wilshere berpunca daripada jadual perlawanan yang padat. Sementara itu, Houllier percaya bahawa prestasi Arsenal akan lebih baik jika tidak dibelenggu masalah kecederaan ini.

“Mereka (Arsenal) kehilangan beberapa pemain tonggak dan itulah sebabnya,” kata Houllier kepada talkSPORT ketika ditanya mengenai prestasi Arsenal ketika ini.

“Bayangkan jika Liverpool kehilangan Steven Gerrard dan mungkin juga (Luis) Suarez serta seorang pemain pertahanan ketika menentang Tottenham, ianya pasti berbeza.”

Theo Walcott injured in September 2013“Ketika ini, kehilangan terbesar bagi Arsenal ialah Theo Walcott. Dia memberi ancaman dan kepantasan di bahagian serangan, kehilangannya membuatkan mereka cukup menderita.”

“Kebiasaanya dalam perlawanan penting, dia (Theo) boleh memberi ancaman dan menjaringkan gol. Prestasi banyak meningkat dan satu kerugian buat Arsenal kerana dia tidak dapat bermain ketika ini.”

“Mereka kehilangan Theo, Wilshere dan Ramsey dimana itu menjadi satu permulaan buruk buat Arsenal.Kehilangan terlalu ramain pemain-pemain penting selaing faktor keletihan berbanding pasukan lain jelas menyukarkan mereka,” kata Houllier lagi.

Kini, Gerard Houllier memainkan peranan selaku Pengarah Bola Sepak Global Red Bull sejak Juai 2012. Bekas pengurus kelahiran Perancis berusia 66 tahun itu pernah membimbing beberapa kelab utama Eropah termasuk Lens, Paris Saint-Germain, Aston Villa, Olympique Lyon dan Liverpool selain pernah mengemudi skuad kebangsaan Perancis.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply