[KOMENTAR] JAMIE CARRAGHER KRITIK BENTENG ARSENAL

Lagenda Liverpool, Jamie Carragher mengkritik hebat benteng pertahanan Arsenal yang kehilangan rentak dan fokus ketika tewas 0-3 kepada Everton di Goodison Park kelmarin. Bekas pertahanan Liverpool berusia 36 tahun itu yang kini berkhidmat selaku pengulas bersama Sky Sports mengakui bahawa persembahan The Gunners ketika menentang Everton hujung minggu lalu adalah yang terburuk disaksikannya musim ini.

“Saya tahu perlawanan menentang Everton merupakan perlawanan yang sukar. Anda boleh tewas dengan mudah di tempat mereka kerana berkasi di gelanggang mereka cukup sukar,” kata Carragher kepada Sky Sports.

“Tetapi cara mereka (Arsenal) tewas agak merisaukan. Anda boleh lihat skuad Arsenal kini dan saya rasa mereka memiliki kekuatan dan kelincahan.”

“Saya melihat pasukan ini sangat perlahan dan lemah. Itu yang membimbangkan. Ini merupakan skuad Arsenal yang paling perlahan yang pernah saya saksikan sejak di bawah kendalian Arsene Wenger. Saya berharap mereka akan mengatasinya,” kata Carragher lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply