[KOMENTAR] DIXON KRITIK KEMENANGAN ARSENAL KE ATAS WIGAN

Arsenal-celebrates-win-against-WiganMantan pemain Arsenal, Lee Dixon mengakui bahawa The Gunners seharusnya tersingkir dari saingan Piala FA apabila sekadar memerlukan sepakan penalti untuk menewaskan kelab Liga Kejuaraan, Wigan Athletic. Dalam perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley itu, The Latics mendahului menerusi sepakan penalti Jordi Gomez pada minit ke-63 sebelum Per Mertesacker menyamakan kedudukan untuk Arsenal pada minit ke-83. Kedudukan 1-1 itu kekal hingga 120 minit masa tambahan.

Kecemerlangan penjaga gol The Gunners, Lukasz Fabianski cemerlang menyelamatkan dua sepakan penalti Wigan untuk Arsenal mencatatkan kemenangan 4-2 sekaligus mengesahkan tiket ke perlawanan akhir Piala FA pada 17 Mei nanti. Walaupun skuad bimbingan Arsene Wenger mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk menewaskan Wigan Athletic namun Dixon menegaskan bahawa Arsenal masih belum mampu menyamai kualiti yang dimiliki oleh pasukan-pasukan utama dalam Liga Perdana Inggeris.

“Arsenal sememangnya sudah menemui diri mereka yang hilang. Namun, mereka tidak layak untuk mara ke perlawanan akhir (Piala FA),” kata Dixon ketika mengulas mengenai kemenangan bekas pasukannya.

Patrick-Vieira-vs-Roy-KeaneKenyataan Lee Dixon itu senada dengan mantan kapten Manchester United, Roy Keane yang turut mengkritik kemenagan The Gunners ke atas Wigan Athletic.

Pemain kelahiran Republik Ireland itu berpendapat Arsenal masih belum menunjukan karekter sebenar ketika menentang kelab bawahan sekaligus menolak kenyataan pertahanan tengah The Gunners, Per Mertesacker.

Menurut Keane, Arsenal seharusnya sedar bahawa mereka hanya menewaskan pasukan dari kelab Liga Kejuaraan dan bukannya kelab Liga Perdana Inggeris.

“Ini sesuatu yang gila jika (Per) Mertesacker mengatakan bahawa mereka memiliki karakter sebenar. Saya fikir mereka (Arsenal) perlu memeriksa kualiti mereka,” kata Roy Keane.

“Pemain-pemain Arsenal harus melihat realiti yang ada. Musim lalu, mereka merayakan kejayaan menamatkan liga di kedudukan keempat.”

“Musim ini, mereka merayakan kejayaan menewaskan kelab Liga Kejuaraan menerusi penentuan sepakan penalti. Kita berbicara mengenai Arsenal ketika ini,” kata mantan kapten manchester United itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply