[KECEDERAAN] OZIL, RAMSEY BAKAL KEMBALI PERKUATKAN ARSENAL

Ramsey-and-Ozil-vs-Swansea-City-2013Kem Arsenal mendapat perkhabaran gembira apabila beberapa pemain tonggak termasuk Aaron Ramsey, Mesut Ozil dan Laurent Koscielny bakal kembali memperkuatkan skuad bagi menghadapi perlawanan penting menentang Everton dan Wigan Athletic. Arsenal kini berada di kedudukan ke-4 liga dan sedang bergelut untuk kembali mencabar tahta kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Kecederaan beberapa pemain utama jelas telah menjejaskan momentum Arsenal untuk terus bersaing mencabar kejuaraan musim ini.

The Gunners juga dalam persediaan untuk perlawanan penting separuh akhir Piala FA menentang Wigan Athletic minggu hadapan. Aaron Ramsey dan Nacho Monreal telah kembali menjalani latihan penuh dan sedia untuk diturunkan dalam perlawanan penting menentang Everton hujung minggu ini. Sementara itu, Abou Diaby yang diketepikan sejak Mac tahun lalu kerana kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) turut kembali menjalani latihan penuh bersama The Gunners.

Pemain termahal Arsenal, Mesut Ozil yang mengalami kecederaan hamstring pada 11 Mac lalu juga semakin pulih dan dijangka dapat kembali dalam perlawanan menentang Wigan Athletic minggu hadapan. Namun, Arsene Wenger bakal terlepas khidmat bek kiri England, Kieran Gibbs yang mengalami kecederaan buku lali bagi perlawanan menentang Everton. Pemain muda Jerman, Serge Gnabry juga bakal disisihkan selepas dihimpit kecederaan lutut.

Tonggak pertahanan, Laurent Koscielny juga memerlukan seminggu lagi sebelum kembali beraksi dalam skuad utama Wenger. Pertahanan berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan betis ketika Arsenal tewas kepada Chelsea pada 22 Mac lalu. Jack Wilshere akan terus diketepikan untuk tempoh 3 minggu lagi manakala proses pemulihan Theo Walcott berjalan lancar namun pemain sayap England itu hanya bakal kembali beraksi musim hadapan.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply