[CORETAN] SAYA MAHU MENJADI SEPERTI THIERRY HENRY – SANOGO

Yaya Sanogo mengakui dirinya mahu mengikut jejak kecemerlangan penyerang lagenda Arsenal, Thierry Henry. Penyerang muda Perancis berusia 21 tahun itu menyertai Arsenal secara agen bebas dari kelab Ligue 1, Auxerre pada 1 Julai 2013. Sejak tiba di Stadium Emirates pada musim panas lalu, Sanogo telah beraksi dalam 10 perlawanan bersama The Gunners namun masih belum mencetak sebarang gol.

Yaya Sanogo memulakan karier awal di Yaya-Sanogo-with-Thierry-Henryakademi CMS Pantin sebelum berkelana bersama Les Ulis dan Auxerre.

Penyerang kelahiran Massy, Perancis ini terus mempamerkan kecemerlangannya apabila melakukan 31 penampilan bersama Auxerre B sebelum diserap ke dalam skuad utama Auxerre dengan menjaringkan 11 gol dalam 24 perlawanan.

Lantaran itu, Sanogo menanam impian untuk mengikut jejak langkah Thierry Henry.

“Pertama sekali, saya memilih untuk menyertai kerana apabila anda memikirkan tentang Arsenal, (Thierry) Henry dan saya mahu mencipta nama di sini,” ungkap Yaya Sanogo.

“Dan dia (Henry) membuatkan saya memasang impian. Dia sangat luar biasa. Kami datang dari kota yang sama, Les Ulis dan dia sering menjadi idola saya.”

“Mengikut jejak langkahnya dan datang ke sini (Arsenal) sering menjadi impian saya. Ini bukan sekadar impian, ini adalah cita-cita saya,” kata Sanogo lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply