[BULETIN] TOMAS ROSICKY PEMAIN TERBAIK BULAN MAC

Tomas-Rosicky-goal-vs-Spurs-2014Tonggak tengah berpengalaman, Tomas Rosicky telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Arsenal bagi bulan Mac. Pemain berusia 33 tahun itu yang baru menandatangani kontrak baru bersama Arsenal awal bulan lalu meneruskan kecemerlangan dengan menjaringkan satu gol menarik ketika menentang Tottenham Hotspurs dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Rosicky turut menjadi nadi di barisan tengah The Gunners ketika dengan aksi hebat dan bertenaga ketika menentang Manchester City dan Bayern Munich.

Kapten antarabangsa Republik Czech ini telah memperoleh kemenangan besar dengan meraih 63.7% undian mengatasi Alex Oxlade-Chamberlain yang sekadar meraih 7.2% undian. Sementara itu, pemain antarabangsa Jerman, Lukas Podolski di tempat ke-3 dengan 6.2% undian. Pemilihan ini berdasarkan undian yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Arsenal menerusi laman sesawang rasmi Arsenal.com.

Sementara itu, jaringan Tomas Rosicky ketika menentang Tottenham Hotspurs turut dipilih sebagai Gol Terbaik Arsenal bagi Bulan Mac. Tonggak tengah The Gunners berusia 33 tahun itu bertukar-tukar hantaran dengan Oxlade-Chamberlain sebelum melepaskan satu rembatan half-volley menewaskan penjaga gol Spurs. Gol Rosicky itu menerima 89% undian mengatasi jaringan Lukas Podolski ketika menentang Bayern Munich yang meraih 5% undian.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply