[BULETIN] LUKAS PODOLSKI PEMAIN TERBAIK BULAN APRIL

Lukas-Podolski-Arsenal-2014Meskipun sering dihimpit masalah kecederaan namun Lukas Podolski berjaya membuktikan kecemerlangannya dengan dipilih sebagai Pemain Terbaik Arsenal bagi bulan April. Musim ini, penyerang berusia 28 tahun ini hanya bermula dalam kesebelasan utama The Gunners sebanyak 17 kali dalam semua kejohanan. Podolski telah menerima hampir dua pertiga undian selepas menjaringkan 4 gol dalam 4 perlawanan sepanjang bulan lalu.

Podolski berjaya meledak 2 gol untuk membantu Arsenal bangkit dari ketinggalan 0-1 untuk menewaskan West Ham United 3-1 di Stadium Emirates. Penyerang antarabangsa Jerman berusia 28 tahun itu sekali lagi mengulangi kecemerlangan dalam perlawanan  berikutnya dengan menjaringkan 2 gol untuk menewaskan Hull City 3-0 di KC Stadium.

Lukas Podolski telah menerima 61.5% undian mengatasi wira perlawanan separuh akhir Piala FA, Lukasz Fabianski yang berada di tempat kedua dengan mengumpul 14.8% undian. Aaron Ramsey yang baru kembali dari kecederaan selepas disisihkan selama 4 bulan di tempat ketiga dengan 8.8 undian. Pemilihan ini berdasarkan undian yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Arsenal menerusi laman rasmi Arsenal.com.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply