[BULETIN] ABOU DIABY KEMBALI JALANI LATIHAN SELEPAS SETAHUN

Abou-Diaby-with-Wenger-on-trainingSelepas mengharungi episod suram, Abou Diaby bakal kembali menjalani latihan semalam selepas berehat lebih setahun kerana kecederaan ACL. Kali terakhir pemain berusia 27 tahun itu beraksi bersama The Gunners ketika menentang Swansea City pada 16 Mac tahun lalu. Sementara itu, Arsene Wenger gembira dengan kepulangan Diaby dan berharap pemain kelahiran Perancis itu dapat kembali dalam skuad utama Arsenal sebelum musim ini berakhir.

“(Abou) Diaby sudah kembali. Dia telah melakukan persediaan di Perancis semasa proses pemulihan dan akan kembali berlatih pada 1 April (hari ini),” kata Wenger baru-baru ini.

“Jangan lupa dia tidak beraksi untuk tempoh setahun. Saya tidak boleh meramal berapa lama dia perlukan untuk kembali beraksi di tahap kompetatif.”

“Saya tidak membuat sebarang perancangan untuknya beraksi dalam beberapa perlawanan akan datang tetapi saya mengharap kejutan untuk dia dapat beraksi,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

Abou-Diaby-France-vs-FinlandSejak musim 2010/11, Abou Diaby telah beraksi dalam 40 perlawanan (9 daripadanya sebagai pemain gantian) tetapi dia tidak bermain dalam tempoh setahun terakhir ini kerana dihimpit kecederaan ACL. Kini, pemain tengah Perancis berusia 27 tahun itu pulih sepenuhnya dan berharap dapat meneruskan kariernya bersama Arsenal. Diaby juga berharap dapat kembali beraksi dan memikat Didier Deschamps untuk mengisi skuad Perancis ke Piala Dunia 2014.

“Saya tidak pernah berputus asa untuk ke Piala Dunia. Saya akan terus berusaha. Sebaik sahaja saya kembali berlatih, segalanya bakal menjadi kenyataan,” kata Diaby.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply