[BULETIN] ANAK ASHLEY YOUNG SERTAI AKADEMI ARSENAL

Tyler-Young-son-of-Ashley-Young-ArsenalTyler Young, anak sulung kepada pemain sayap Manchester United, Ashley Young telah menandatangani kontrak bersama Arsenal. Berita itu didedahkan oleh bekas tunang Ashley yang merupakan ibu kepada Tyler Young menerusi sekeping gambar di laman twitternya. Tyler Young menurut jejak langkah Shaqueel (anak Robin van Persie) dan Harvey (anak Phil Neville) yang memilih untuk menyertai akademi Manchester City berbanding Manchester United.

Ashley Young merupakan anak kelahiran Stevenage, England dan telah membesar sebagai penyokong The Gunners dengan menjadikan penyerang lagenda Arsenal, Ian-Wright sebagai idolanya. Pemain sayap England berusia 28 tahun itu memulakan karier awal bersama akademi Watford sebelum berhijrah ke Aston Villa (2007-2011) dan Manchester United (2011-kini). Namun adiknya, Kyle Young menyertai akademi Arsenal beberapa tahun lalu.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply