[PERSPEKTIF] WENGER BAKAL BERUNDUR JIKA GAGAL JULANG PIALA

arsene-wenger-kecewa-arsenal-tewas-kepada-chelseaTeka-teki mengenai masa depan Arsene Wenger bersama The Gunners masih belum terjawap selepas pengurus kelahiran Perancis itu belum menandatangani kontrak baru meskipun kontraknya bakal berakhir hujung musim ini. Lantaran itu, Frank McLintock berpendapat bahawa masa depan Wenger bakal ditentu dalam saingan Piala FA. Mantan kapten lagenda Arsenal itu percaya bahawa Wenger akan mengundur diri jika gagal menjulang kejuaraan Piala FA ini.

Terdahulu, Arsenal sudah tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropah di tangan Bayern Munich serta ketinggalan 7 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Sehubungan dengan itu, Piala FA menjadi peluang terakhir The Gunners untuk menjulang kejuaraan musim ini. Sasaran ini lebih realistik dengan Arsenal kini sudah mara ke peringkat separuh akhir dan bakal bertemu dengan Wigan Athletic pada 12 April ini.

Arsene-Wenger-local-player-more-loyal“Jika Arsenal tewas kepada Wigan, Wenger mungkin berkata, ‘Jangan pecat saya. Saya akan berundur’. Saya tidak fikir Arsenal akan memecatnya. Tetapi dia akan pergi,” kata McLintock kepada talkSPORT.

“Lembaga pengarah merasakan Wenger masih hebat untuk Arsenal. Saya tidak menyalahkan Wenger tetapi maruahnya akan tercalar teruk jika kalah kepada Wigan.”

“Saya tidak fikir mereka sudah melakukan yang terbaik. Kekalahan kepada Chelsea membuktikannya tetapi saya berharap mereka akan mara dan menjulang Piala FA.”

“Mereka sudah cukup bagus untuk menjulang kejuaraan dan itu mungkin cara terbaik untuk mengekalkan Wenger (di Arsenal). Jika mereka gagal, dia mungkin akan pergi,” kata McLintock lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply