[PERSPEKTIF] STATUS PASUKAN PILIHAN BERI TEKANAN BUAT ARSENAL

Mikel-Arteta-Arsenal-celebration-2012Persaingan Piala FA Inggeris 2013/14 kini memasuki pusingan separuh akhir dengan Arsenal diletakkan sebagai pasukan pilihan berbanding tiga pencabar yang lain iaitu Wigan Athletic, Hull City dan Sheffield United. Namun, tonggak tengah Arsenal, Mikel Arteta menegaskan bahawa pasukannya harus berhati-hati kerana status pasukan pilihan akan memberikan tekanan yang berat kepada pemain-pemain.

“Kami tahu kami adalah pasukan pilihan dalam saingan Piala FA. Situasi tersebut sebenarnya telah memberi tekanan yang tersendiri. Namun, kami telah mara ke separuh akhir,” kata pemain berusia 31 tahun itu menerusi laman rasmi Arsenal.com.

“Kami masih kerana ada sebulan lagi sebelum perlawanan separuh akhir. Tetapi masih ada beberapa perlawanan penting Liga Perdana Inggeris yang menunggu.”

“Ketika ini, sangat penting bagi kami mengekalkan momentum yang jitu untuk kami beraksi di separuh akhir dengan keyakinan yang tinggi.”

Arsenal+v+Southampton++Premier+LeagueKejayaan mara ke separuh akhir Piala FA ini menyaksikan peluang Arsenal terbuka luas untuk menamatkan kemarau kejuaraan sejak kali terakhir menjulang kejuaraan pada tahun 2005. Mikel Arteta turut melahirkan pendapat bahawa seandainya The Gunners berjaya menjulang kejuaraan Piala FA musim ini, ia bakal menjadi titik kebangkitan Arsenal kembali menjadi sebuah kelab yang digeruni di Eropah.

“Saya rasa ini akan menjadi titik kebangkitan untuk kelab (Arsenal) kerana untuk sekian lama kami tidak memenangi kejuaraan. Jika kami menjulang kejuaraan, ini akan memberikan keyakinan untuk kami bermula pada landasan yang betul dan kami berharap dapat melakukannya,” kata Arteta lagi.

Arsenal diundi bertemu dengan Wigan Athletic yang merupakan juara bertahan Piala FA. The Latics berjaya mara ke separuh akhir selepas mencipta kejutan menewaskan Manchester City di suku akhir. Satu lagi slot separuh akhir diisi oleh Hull City dan Sheffield United. Perlawanan separuh akhir bakal berlangsung pada 12 dan 13 April nanti di Stadium Wembley.

JADUAL SEPARUH AKHIR PIALA FA 2013/14

12 April 2013 – Wigan Athletic vs Arsenal

13 April 2013 – Hull City vs Sheffield United

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply