[PERSPEKTIF] RAMSEY BOLEH MENJADI SEPERTI GERRARD – PARLOUR

Aaron-Ramsey-vs-Steven-GerrardLagenda Arsenal, Ray Parlour mengakui bahawa kelibat Aaron Ramsey mengingatkan dirinya kepada tonggak tengah Liverpool, Steven Gerrard. Bekas pemain tengah Arsenal berusia 41 tahun menilai Steven Gerrard sebagai seorang pemain tengah yang sempurna dan mengakui Ramsey memiliki potensi besar untuk mengikut jejak langkah lagenda The Reds itu. Baru-baru ini, Aaron Ramsey telah menandatangani kontrak jangka masa panjang untuk terus kekal di Stadium Emirates sehingga 2018.

“Tidak diragukan lagi, Aaron Ramsey boleh menjadi seorang pemain yang berpengaruh seperti Steven Gerrard. Ramsey perlu percaya dengan kemampuan dirinya,” ungkap Parlour baru-baru ini.

Aaron-Ramsey-vs-Everton-April-2013“Dia (Ramsey) muda dan memiliki bakat yang hebat dan pastinya akan menjadi seorang pemain terbaik pada masa hadapan.”

“Gerrard merupakan pemain terbaik yang pernah saya hadapi. Dia merupakan seorang pemain berkelas dunia. Dia tidak lagi efektif sebagai box-to-box midfielder sejak beberapa tahu kebelakangan ini tetapi dia terus memberi kelainan kepada pasukannya.”

“Dan Ramsey cukup berkesan sebagai box-to-box midfielder pada separuh musim ini dan jika dia terus menjaringkan gol, dia akan menjadi seorang pemain tengah yang sempurna,” kata Parlour lagi.

Meskipun dikritik hebat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Aaron Ramsey berjaya bangkit dari episod suram dengan mempamerkan aksi mantap sekaligus membantu kebangkitan Arsenal dengan meledak 13 gol dan menghasilkan 8 assist dalam 27 perlawanan musim ini. Namun, pemain berusia 23 tahun itu terpaksa diketepikan untuk tempoh hampir 3 bulan sejak mengalami kecederaan paha pada 26 Disember lalu.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply