[PERSPEKTIF] PER MERTESACKER MAHU BERSARA DI ARSENAL

Per-Mertesacker-happy-in-LondonTonggak kebangsaan Jerman, Per Mertesacker yang baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal sehingga 2016 menegaskan dirinya gembira dengan kehidupan di utara London. Pertahanan kental berusia 29 tahun itu tiba di Stadium Emirates pada 31 Ogos 2011 dengan yuran perpindahan bernilai £8.6 juta dari kelab Bundesliga, Werder Bremen. Per Mertesacker turut menyatakan hasratnya untuk mengakhir kariernya bersama The Gunners.

“Saya sangat gembira, ini merupakan peluang terbaik buat saya dan kelab di mana kami saling membuktikan komitmen antara satu sama lain,” kata Mertesacker menerusi Sky Sports.

“Kekal (di Arsenal) sehingga ke akhir karier adalah sasaran saya. Itu yang saya cuba buktikan melalui kontrak ini. Saya berada di penghujung karier dan saya rasa ini merupakan kontrak terakhir saya.”

Arsenal+v+Southampton++Premier+LeagueMinggu ini, Arsenal tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas tewas 1-3 kepada Bayern Munich secara aggregate. Namun, Per Mertesacker menegaskan bahawa Arsenal akan berkerja keras untuk menjulang baki dua kejuaraan, Liga Perdana Inggeris dan Piala FA. Lantaran itu, bulan Mac ini bakal menjadi penentu sejauh mana kemampuan The Gunners apabila bakal mengharungi beberapa perlawanan sukar termasuk menentang Tottenham Hotspurs, Chelsea, Manchester City, Swansea City dan Everton.

“Semua perlawanan ini akan menentukan, kami tidak boleh keciciran mata lagi. Itu merupakan satu perlawanan yang sukar dan kami bersedia menghadapinya,” kata pertahanan tinggi lampai itu.

per-mertesacker-arsenal-defender-more-better“Saya rasa kami semakin hampir dengan kemuncak saingan. Kami harus mengekalkan konsentrasi¬† dengan diri sendri dan berusaha untuk merapatkan jurang dengan pendahulu. Itu sangat penting bagi kami.”

“Kami masih bersaing dalam dua kejuaraan. Dan jika kami mampu mengakhir musim dengan baik seperti musim lalu, saya rasa kami mempunyai peluang yang cerah untuk bersaing dalam kedua-dua kejuaraan ini.”

“Ini sesuatu yang mengembirakan jika kami mampu meraih sesuatu di penghujung musim nanti,” kata Mertesacker lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply