[PERSPEKTIF] PELUANG TERBAIK ARSENAL JULANG TROFI – ROBSON

Arsenal-celebration-vs-Marseille-2013Lagenda Arsenal, Stewart Robson mengakui musim ini merupakan peluang terbaik Arsene Wenger untuk meraih kejuaraan bagi kelab sekaligus menamatkan kemarau trofi sejak 8 musim yang lalu. Skuad bimbingan Arsene Wenger kini masih bersaing dalam 3 kejuaraan iaitu Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA Inggeris. Andai mampu fokus, Robson yakin The Gunners mampu untuk menjulang kejuaraan penghujung musim ini.

Arsenal kini berada di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris hanya 4 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea dengan saingan masih berbaki 10 perlawanan. Namun, The Gunners ketinggalan defisit 2 gol kepada Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dan perlu bangkit dalam aksi timbal balik di Allianz Arena minggu depan. Robson lebih cenderung supaya Wenger menumpukan fokus kepada saingan Piala FA yang kini memasuki peringkat suku akhir.

“Arsene Wenger harus memenangi trofi (musim ini) dan ini merupakan kesempatan terbaik Arsenal untuk menjulang kejuaraan,” kata Robson kepada talkSPORT.

“Ya, mereka bakal mengharungi perlawanan-perlawanan sukar. Sebelum menewaskan Tottenham dan Liverpool di tempat sendiri. Mereka kini akan menghadapi Everton dan jika menang mereka akan mara ke separuh akhir di Wembley.”

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply