[PERSPEKTIF] KAMI BELUM MENYERAH KALAH – CHAMBERLAIN

Oxlade-Chamberlain-vs-Bayern-Munich-2014Meskipun ketinggalan dua gol kepada Bayern Munich dalam perlawanan pertama di Stadium Emirates tiga minggu lalu namun Arsenal tetap optimis untuk mencipta kejutan menjelang perlawanan kedua pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah di Allianz Arena awal pagi esok. Terdahulu, Bayern Munich berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 hasil jaringan Toni Kroos dan Thomas Muller dalam perlawanan pertama di Stadium Emirates.

Namun, Alex Oxlade-Chamberlain menegaskan bahawa The Gunners belum menyerah kalah dan bersedia untuk mencipta kejutan dalam perlawanan awal pagi nanti. Pemain sayap England berusia 20 tahun turut mengakui Arsenal akan mengambil inspirasi daripada perlawanan musim. Dalam perlawanan pusingan kalah-mati musim lalu, Arsenal tewas 1-3 kepada Bayern Munich di Stadium Emirates namun berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 di Allianz Arena.

Arsenal-goal-vs Bayern-Munich-Mac-2013“Kami masih memiliki peluang 100%. Musim lalu, kami terbang ke sana dengan ketinggalan 3-1 secara aggregate, semua orang tidak menaruh harapan tetapi kami berjaya menang 2-0 di sana,” kata Chamberlain kepada The Mirror.

‘Kami akan mengambil inspirasi daripada kemenangan itu dan persembahan mantap Sabtu lalu (menentang Everton).”

“Dalam bola sepak, apa-apa pun boleh berlaku. Kami berada di tahap terbaik dan tugas kami masih belum selesai.”

Alex Oxlade-Chamberlain turut mengakui dirinya kini sangat dahagakan kejuaraan. Kata-kata itu hadir selepas Arsenal berjaya mara ke separuh akhir Piala FA apabila menewaskan Everton 4-1 di Stadium Emirates hujung minggu lalu. The Gunners kini merupakan pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan Piala FA musim ini sekaligus berpeluang untuk menamatkan kemarau kejuaraan sejak 8 musim yang lalu

“Sebagai pemain bola sepak professional, saya sentiasa ingin menang. Perkara itu turut berlaku kepada semua pemain-pemain Arsenal. Ini merupakan peluang terbaik kami. Langkah kami semakin hampir,” kata Oxlade-Chamberlain lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply