[PERSPEKTIF] FLAMINI TINGGALKAN ARSENAL DEMI KEJUARAAN

Mathieu-Flamini-Arsenal-2008Tonggak tengah Arsenal, Mathieu Flamini akhirnya mendedahkan alasan mengapa dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Arsenal pada tahun 2008. Pemain berusia 30 tahun itu tiba di Arsenal pada 2004 dari Marseille pada 2004 sebelum meninggalkan Stadium Emirates untuk menyertai AC Milan pada 2008. Selepas 5 musim di San Siro, Flamini kembali ke Arsenal secara percuma pada Ogos lalu.

Ketika ditanya mengenai punca perpindahannya ke AC Milan, Flamini mengakui bahawa keinginan untuk menjulang kejuaraan menjadi alasan utama. Pemain kelahiran Marseille itu berjaya menjulang kejuaraan Serie A dan Supercopa Italia pada musim 2010/11 ketika bersama AC Milan. Flamini kini menjadi watak penting yang memimpin kebangkitan The Gunners musim ini sekaligus dilandasan terbaik untuk menamatkan kemarau kejuaraan sejak 8 musim yang lalu

“Itu merupakan satu pertanyaan yang bagus. Saya rasa pertanyaan ini seharusnya ditujukan kepada pengurus dan pengurusan kelab,” kata Flamini baru-baru ini.

“Saya meninggalkan Arsenal (pada 2008) kerana mahu meraih kejuaraan.”

Mathieu-Flamini-goal-vs-Cardiff-CityMathieu Flamini mendedahkan Arsenal kekurangan watak-watak penting untuk menjulang kejuaraan sejak kali terakhir pada merangkul Piala FA pada 2005. Namun, musim ini Arsenal kembali bangkit dan menjadi antara pasukan pilihan untuk menjulang kejuaraan. Flamini turut mengakui menjulang kejuaraan sangat penting bagi mengekalkan pemain-pemain bintang dalam pasukan.

“Apa yang boleh saya katakan mungkin watak penting. Itu sangat penting terutama dalam Liga Inggeris,” kata Flamini.

“Saya merupakan salah seorang yang memberikan segala-galanya di atas padang, bersaing untuk mendapatkan bola. Saya seorang pejuang, jadi saya melakukan segala-galanya secara semulajadi.”

“Semua pemain memberikan yang terbaik, itu sesuatu yang hebat. Semua pemain sangat komited dan itu sangat penting. Kami sangat mahukan kejuaraan,” kata pemain berusia 30 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply