[PERSPEKTIF] ARSENAL PERLU DAPATKAN PENYERANG BARU – PIRES

Robert-Pires-and-Olivier-GiroudLagenda Arsenal, Robert Pires meluahkan pendapat bahawa Arsene Wenger perlu mendapatkan gandingan kepada Olivier Giroud di bahagian serangan The Gunners. Bekas pemain sayap itu mengakui bahagian serangan Arsenal kurang menyengat terutama pada separuh kedua musim ini menyaksikan peluang The Gunners untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris tampak semakin mustahil. Pires turut mengakui Arsenal memiliki peluang cerah untuk menjulang trofi Piala FA yang sudah memasuki fasa separuh akhir.

“Keutamaan Arsenal kini adalah membeli penyerang baru untuk bergandingan dengan (Olivier) Giroud,” kata bekas pemain sayap The Gunners berusia 40 tahun itu.

“Ini sangat penting untuk mendapatkan penyerang baru kerana mungkin Arsenal boleh menggunakan formasi 4-4-2.”

Musim ini merupakan musim yang baik bagi Arsenal. Mereka berada di kedudukan ke-4 Liga Perdana Inggeris dan bakal beraksi di separuh akhir Piala FA menentang Wigan Athletic.”

Manchester+City+v+Arsenal+23-Sept-2012Meskipun berjaya mengekalkan tahta Liga Perdana Inggeris untuk tempoh 5 bulan sejak hujung September hingga awal Februari lalu namun anak-anak buah Wenger gagal mengekalkan momentum sekaligus terposok ke kedudukan ke-4 liga hanya 6 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea. Namun, saingan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris masih berbaki 7 perlawanan termasuk perlawanan menentang Manchester City hujung minggu ini.

“Pada Sabtu ini mereka akan menentang Manchester City, ia kelihatan seperti penentu untuk masa depan Arsenal,” kata Pires lagi.

“Jika Arsenal menang, peluang untuk memenangi Liga Perdana Inggeris kembali terbuka. Anda tidak dapat meramalkan sesuatu situasi dengan tepat dalam bola sepak. Jika mereka kalah kepada Manchester City, musim mereka sudah berakhir.”

“Saya sentiasa percayakan Arsene Wenger, pasukan dan pemain-pemain. Saya yakin dengan kemampuan Arsenal,” kata bekas pemain sayap Perancis itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply