[PERPINDAHAN] JONATAS CENTENO SAH SERTAI THE GUNNERS

Arsenal-sign-Portugese-Jonatas-CentenoArsenal sah menandatangani wonderkid Portugis, Jonatas Centeno selepas berjaya menjalani sesi percubaan di London Colney. Terdahulu, pemain sayap berusia 16 tahun itu gagal menyakinkan kelab di barat London, Fulham sebelum ditawarkan sesi ujian percubaan bersama Arsenal. Meskipun Centeno disebut-sebut sebagai pemain terbaik ketika beraksi bersama skuad remaja Fulham menentang Barcelona pada Januari lalu namun masih belum berjaya memikat pengurusan Fulham.

Jonatas Ian Ribeiro Centeno telah dilahirkan di Moita, Portugal pada 22 Februari 1998 merupakan tonggak skuad Portugal B-16 dengan menjaringkan 2 gol dalam 8 perlawanan setakat ini. Khamis lalu, Jonatas Centeno telah memuat naik gambarnya menandatangani kontrak biasiswa selama 2 tahun bersama Arsenal. Pemain remaja Portugal ini perlu menunggu setahun lagi untuk menandatangani kontrak professional bersama The Gunners lantarn usia kini baru mencecah 16 tahun 31 hari.

Ketibaan Centeno bakal membentuk gandingan masa depan di bahagian serangan Arsenal bersama Thomas Eisfeld, Jon Toral, Chuba Apkom, Serge Gnabry dan Zak Ansah. Selain Arsenal, beberapa kelab turut memburu tandatangan wonderkid Portugal ini termasuk FC Porto, Benfica dan Sporting Lisbon. Jonatas Centeno merupakan pemain Arsenal kelima dari Portugal selepas Luiz Boa Morte, Rui Fonte, Amaury Bischoff dan Elton Monteiro.

Sementara itu, The Gunners dilaporkan turut memburu khidmat pemain muda sensasi Iran, Sardar Azmoun yang kini beraksi bersama kelab Russia, Rubin Kazan. Penyerang berusia 19 tahun itu digelar sebagai ‘Lionel Messi Iran’ merupakan antara pemain muda yang menyerlah dalam Liga Perdana Russia musim ini. Azmoun menyertai Rubin Kazan dari kelab Liga Pro-Iran, Sepahan Isfahan pada 2013.

Meskipun sudah memiliki ramai penyerang muda berbakat namun Arsenal tetap berminat untuk membawa penyerang skuad Iran B-20 itu ke Stadium Emirates dengan mengemukakan bidaan awal sebanyak £2 juta. Namun, The Gunners bakal berdepan cabaran daripada AC Milan dan Juventus yang turut berminat untuk mendapatkan khidmat Sardar Azmoun.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply