[PERPINDAHAN] AURIER, CHAMBER DALAM RADAR ARSENAL

Arsenal memulakan pencarian untuk mencari penganti Bacary Sagna selepas perbincangan mengenai kontrak baru untuk bek kanan Perancis itu belum menemui kesepakatan. The Gunners telah menawarkan kontrak selama 2 tahun dengan gaji sebanyak £75,000 seminggu namun pertahanan berusia 31 tahun itu menginginkan gaji yang lebih besar dengan kontrak selama 3 tahun. Lantaran itu, Arsenal mula mengintai dua bek muda, Serge Aurier dan Calum Chambers sebagai calon untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Sagna.

Arsene Wenger dilaporkan menghantar skuad peninjau untuk melihat aksi Serge Aurier bersama kelab Ligue 1, Toulouse. Malah Arsenal dikhabarkan sudah mengemukan bidaan sebanyak £7 juta untuk mendapatkan khidmat bek kanan berusia 21 tahun itu namun ditolak oleh Toulouse. Serge Aurier pernah beraksi bersama Lens sebanyak 48 perlawanan sebelum menyertai Toulouse pada 2008. Setakat kini, bek kanan Ivory Coast sudah beraksi dalam 58 perlawanan bersama Toulouse.

Serge Aurier turut memiliki 7 caps antarabangsa bersama Ivory Coast. Peluang Arsenal untuk menbawa Aurier ke Stadium Emirates pada musim panas akan datang dilihat cerah selepas pemain berusia 21 tahun itu mengakui dirinya merupakan seorang penyokong The Gunners sejak kecil lagi. Malah, Aurier turut memuat naik gambarnya memakai jersi Arsenal menerusi laman twitter peribadinya.

Selain itu, Arsenal turut mengintai bek kanan muda Southampton, Calum Chamber sebagai calon untuk mengantikan Bacary Sagna. The Gunners telah berusaha untuk membida Chambers ketika berusia 19 tahun sebelum diserap masuk ke dalam skuad utama Southampton pada musim 2012/13 namun bidaan tersebut ditolak. Setakat ini, anak kelahiran Petersfield, England yang merupakan produk akademi Southamton sudah beraksi dalam 17 perlawanan Liga Perdana Inggeris dan 2 perlawanan Piala Captial One.

Namun, baru-baru ini Chambers telah menandatangani kontrak selama 4 tahun untuk terus kekal di Stadium St. Mary. Menurut laporan dari London Evening Standard, Arsenal perlu menyediakan sekurang-kurangnya £10 juta jika mahu mendapatkan khidmat bek kanan berusia 21 tahun itu. Selain Arsenal, Manchester United dilaporkan turut berminat untuk mendapat khidmat Calum Chambers.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply