[PERPINDAHAN] ANTOINE GRIEZMANN DALAM RADAR ARSENAL

Antoine-Griezmann-and-Lionel-MessiArsene Wenger dilaporkan bersedia menyertai persaingan untuk mendapatkan khidmat bintang muda Perancis, Antoine Griezmann dari kelab La Liga, Real Sociedad. Pemain sayap berusia 22 tahun itu tampil antara penjaring gol terbanyak dalam saingan La Liga dengan menjaringkan 15 gol daripada 23 perlawanan hanya ketinggalan dibelakang Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Selain The Gunners, Paris Saint-Germain, Real Madrid, Chelsea, Juventus dan Manchester United turut berminat mendapatkan khidmat Griezmann.

Anak kelahiran Macon, Perancis itu memulakan karier awal bersama kelab tempatan, UF Mâconnais pada 1999 sebelum menyertai akademi remaja Real Sociedad pada 2005. Sehingga kini, Griezmann sudah melakukan 190 penampilan bersama Real Sociedad dengan menjaringkan 51 gol. Arsene Wenger meletakkan Griezmann selaku sasaran utamanya dengan Real Sociedad dilihat sukar untuk mengekalkannya yang dinilai sekitar £25 juta.

“Saya gembira bersama Real Sociedad. Saya tenang menghadapi situasi ini. Saya mahu menghabiskan musim ini di sini dan kita akan lihat kemudian,” kata Griezmann ketika ditanya mengenai khabar angin perpindahan keluar dari Anoeta.

“Pasukan beraksi dengan baik dan yang paling penting kami cuba untuk kembali ke saingan kejohanan Eropah musim depan,” kata pemain berusia 22 tahun itu lagi.

Sementara itu, Arsene Wenger turut mengintai khidmat seorang lagi pemain muda Perancis, Paul Pogba. Bekas pemain Manchester United itu menampilkan aksi yang bertenaga bersama Juventus telah berjaya menarik minat beberapa kelab gergasi Eropah. Pemain tengah berusia 20 tahun itu juga merupakan kapten skuad remaja Perancis B-20 yang membantu menjulang Kejohanan Piala Dunia Remaja B-20.

Menurut Forza Italian Football, Arsenal telah menyediakan dana sebanyak untuk €25 juta untuk mendapatkan khidmat Paul Pogba dari The Old Lady. Wenger dilaporkan bakal mendapatkan dana yang besar sebanyak €150 juta pada jendela perpindahan musim panas ini bagi mengukuhkan pasukan. Namun, Arsenal bakal berdepan dengan saingan daripada Paris Saint-Germain, Bayern Munich, Real Madrid, Chelsea dan juga Manchester United jika mahu mendapatkan khidmat Pogba.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply