[KOMENTAR] KRITIKAN BUATKAN WENGER LEBIH BERMOTIVASI

Arsenal's French manager Arsene Wenger wMantan pengurus Charlton Athletic, Alan Curbishley yakin bahawa semakin hebat kritikan yang diterima oleh pengurus The Gunners, Arsene Wenger lebih memberi motivasi kepadanya untuk menjulang kejuaraan bersama Arsenal. Pengurus berbangsa Perancis itu dikritik hebat kebelakangan lantaran gagal membantu The Gunners menjulang sebarang kejuaraan sejak kali terakhir memenangi Piala FA pada tahun 2005.

Baru-baru ini, pengendali Chelsea, Jose Mourinho mengatakan bahawa Wenger seorang pakar dalam kegagalan. Namun, Alan Curbishley berpendapat kritikan dan cemuhan daripada pencabar-pencabar akan membuatkan Wenger lebih bermotivasi untuk merangkul kejuaraan. Musim ini, Arsenal masih dalam persaingan untuk 3 kejuaraan termasuk Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah.

arsene-wenger-tony-adams-double trophy“(Arsene) Wenger telah mensasarkan trofi kejuaraan domestik musim ini berbanding apa yang pernah dilakukannya sebelum ini. Dan ini memberikan lebih kenyakinan kepadanya untuk menamatkan kemarau kejuaraan,” kata Curbishley baru-baru ini.

“Dia mungkin dikritik kerana kegagalannya yang berterusan dan itu telah memotivasikan mereka. Dengan Manchester City terkeluar dari persaingan Piala FA, Arsenal kini dilihat sebagai pasukan pilihan.”

Dalam undian separuh akhir Piala FA semalam, skuad bimbingan Arsene Wenger ini diundi bertemu dengan juara bertahan, Wigan Athletic yang mencipta kejutan dengan menyingkirkan Manchester City dengan kemenangan 2-1 di Stadium Etihad. Satu lagi perlawanan separuh akhir mempertemukan Sheffield United dan Hull City di mana kedua-dua perlawanan separuh bakal berlangsung di Stadium Wembley pada 12 dan 13 April nanti.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply