[KOMENTAR] KECEDERAAN WILSHERE MASALAH BESAR BUAT ARSENAL

Jack-Wilshere-Arsenal-England-injuryMeskipun kecederaan yang dialami oleh Jack Wilshere tidak serius namun lagenda Arsenal, Bob Wilson mengakui kehilangan pemain tengah itu tetap memberi masalah besar buat The Gunners. Wilshere terpaksa diketepikan untuk tempoh 6-8 minggu selepas mengalami kecederaan kaki akibat diterjah oleh pertahanan Denmark, Daniel Agger semasa aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley awal pagi Khamis lalu.

“Itu merupakan satu tamparan hebat (buat Arsenal). Sejujurnya, saya tidak terkejut dia menerima terjahan itu dan itu merupakan satu terjahan keras daripada Agger,” kata Wilson menerusi BBC Radio 5 Live.

“Saya tidak mengatakan hal (terjahan) itu disengajakan tetapi Jack Wilshere adalah seorang pemain yang mempunyai visi yang luar biasa. Dia kerap mengundang pemain lawan (mengasarinya) dan jika terlabat dia akan terjatuh.”

Jack-Wilshere-tackled-by-Daniel-AggerKecederaan itu menyaksikan peluang Wilshere untuk beraksi di Piala Dunia Brazil 2014 tampak tipis di mana pemain berusia 22 tahun perlu berkerja keras untuk memulihkan kecergasannya. Namun, kem Arsenal menerima perkhabaran gembira apabila dua pemain tengah, Aaron Ramsey dan Kim Kallstrom sudah menjalani latihan dan dijangka kembali dalam skuad utama The Gunners minggu depan.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply