[KOMENTAR] JANGAN BIARKAN ARSENAL KUASAI BOLA – GUARDIOLA

Pengurus Bayern Munich, Pep Guardiola melaungkan amaran bahawa penguasaan bola menjadi kunci untuk melayakan diri ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Kenyataan tersebut hadir menjelang pertemuan Bayern Munich dengan Arsenal dalam perlawanan kedua pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah di Allianz Arena awal pagi nanti. Mantan pengurus Barcelona itu menegaskan The Bavarians tidak akan membiarkan Arsenal menguasai bola.

“Jika kami membiarkan Arsenal terlalu banyak menguasai bola, kami akan menghadapi masalah besar,” kata Guadiola kepada media baru-baru ini.

“Dan jika kami berjaya menguasai bola, kami akan melayakan diri. Namun, jika Arsenal mengawalnya maka mereka akan melayakkan diri ke suku akhir.”

Santi-Cazorla-vs-Mario-Gotze-2014Pep Guardiola tidak mahu skuad bimbingannya mengulangi kesilapan tahun lalu apabila tewas 2-0 di Allianz Arena walaupun Bayern Munich dilihat selaku pasukan pilihan dengan membawa bekalan dua gol daripada Stadium Emirates pada 19 Februari yang lalu. Lantaran itu, pengurus berusia 43 tahun itu telah menganalisis kekuatan The Gunners semabgai persediaan untuk menghadapi perlawanan kedua nanti.

“Ketika saya menganalisis (corak permainan) Arsenal dalam perlawanan pertama, kita boleh melihat kualiti yang dimiliki oleh (Santi) Cazorla sehingga detik (Mesut) Ozil gagal menyempurnakan sepakan penalti.”

“Apa yang terjadi pada 9 minit pertama itu merupakan 9 minit pertama di mana pasukan lawan bermain lebih baik daripada kami,” kata Guardiola lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply